Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Pekerja kilang maut ketika perjalanan pergi kerja

Wartawan Sinar Harian II 05 Januari 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR – Seorang pekerja kilang maut nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di KM 66 Jalan Klang-Teluk Intan di persimpangan lampu isyarat, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.11 pagi itu, mangsa yang juga penunggang motosikal dalam perjalanan menghala Bagan Tengkorak berlanggar dengan sebuah kereta secara berdepan.

Mangsa, Muhamad Fadlizan Abd Talib, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat manakala pemandu kereta cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan dan orang ramai yang menyaksikan kes kemalangan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk bantu siasatan.

“Saksi kemalangan boleh tampil bertemu Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohd Fahmi Ahmad,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, kemungkinan lampu isyarat yang rosak menjadi punca kemalangan memandangkan ketika kejadian, lampu isyarat tidak berfungsi.

“Masa lalu tadi pun lampu merah dan hijau menyala serentak. Jadi, kami yang lalu tadi pun keliru sama ada nak lalu ke... nak berhenti.

“Bila jadi kemalangan, orang lain pun jadi kelam kabut. Kebetulan kejadian berlaku pada waktu puncak dan masing-masing nak cepat pergi kerja selain nak hantar anak ke sekolah. Tapi kalau perasan, memang lampu isyarat tu selalu rosak,” katanya.

 

                                                      Pekerja kilang maut ketika perjalanan pergi kerja

   

Kemaskini pada 2016-01-07 13:17:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page