Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Terpaksa sita barang peniaga

Wartawan Sinar Harian II 02 Januari 2016
 
   

 

KUALA SELANGOR – Tindakan tegas terpaksa diambil terhadap penjaja makanan di kawasan tempat letak kereta dan bahu jalan di hadapan sebuah pasar raya, di sini selepas mengabaikan empat notis larangan.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin menjelaskan, pihak penguat kuasa terpaksa mengambil tindakan menyita meja dan kerusi milik penjaja selepas mengingkari arahan yang diberikan.

Menurutnya, sebelum ini pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan empat notis notis amaran kepada peniaga dan yang kali terakhir dikeluarkan pada 7 Oktober lalu namun tidak diendahkan.

“Tindakan menyita meja dan kerusi dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil 42 (1) Undang-Undang Kecil Penjaja MDKS 2007 kerana melakukan kesalahan tidak mengikut syarat.

“Sikap peniaga yang ingkar kepada arahan tersebut telah menyalahi konsep asal tapak penjaja ini diwujudkan yang mana melarang sama sekali meletakkan meja dan kerusi untuk pelanggan,” katanya.

Azahari berkata, tapak penjaja di hadapan tempat letak kereta itu adalah di bawah seliaan MDKS, manakala konsep perniagaan yang dibenarkan adalah beli dan bawa pulang.

“Syarat sama juga dinyatakan sebelum permohonan lesen dikeluarkan kepada peniaga iaitu melarang sama sekali meletakkan meja dan kerusi untuk pelanggan makan dan minum di tapak penjaja.

“Peniaga perlu mematuhi segala syarat dan peraturan untuk memudahkan kerja pembersihan serta mengelakkan kesesakan trafik berlaku semasa waktu puncak di sepanjang laluan di hadapan tapak penjaja tersebut.

“Peniaga dinasihatkan supaya dapat mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh MDKS sepanjang tempoh perniagaan dan tindakan penguatkuasaan ini akan dijalankan secara berkala.

“Tindakan ini diambil bagi memastikan peniaga di bawah seliaan MDKS mematuhi syarat perniagaan yang ditetapkan,” katanya ketika diminta mengulas tindakan sitaan terhadap perkakas milik penjaja di kawasan itu.

Sebelum ini, peniaga di kawasan itu akur dengan tindakan itu bagaimanapun memohon budi bicara PBT supaya dapat melonggarkan syarat larangan meletakkan kerusi dan meja di kawasan tapak jualan.

Dakwa peniaga, jualan makanan lebih memberangsangkan apabila ada permintaan pelanggan untuk makan di situ bersama keluarga atau menanti kereta yang dicuci di ‘car wash’ berhampiran.

Mereka mendakwa sanggup dikenakan caj tambahan sekiranya dibenar menyediakan tempat makan kepada pelanggan tetap memandangkan kawasan itu sering menjadi tumpuan setiap petang.

 

                                                  Terpaksa sita barang peniaga

   

Kemaskini pada 2016-01-07 13:14:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page