Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Elak tindakan kompaun serta-merta

Wartawan Sinar Harian II 29 September 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – Peniaga Pasar Basah Jeram diberi peringatan tegas supaya menjaga kebersihan bagi mengelak dikenakan tindakan kompaun serta-merta.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin menjelaskan, peringatan diberikan bagi mendidik peniaga supaya sentiasa menjaga kebersihan di kawasan persekitaran gerai masing-masing.

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas aduan orang awam diterima mengenai tahap kebersihan di kawasan itu kurang memuaskan sehingga menimbulkan masalah kepada pengunjung.

“Mana-mana peniaga yang didapati masih ingkar arahan, mereka boleh dikenakan tindakan kompaun serta-merta kerana mengabaikan aspek kebersihan di kawasan jualan.

“Selain itu, MDKS juga akan berusaha membantu menyegerakan penukaran meter air pukal kepada individu yang menjadi masalah utama kepada peniaga di pasar itu,” katanya pada program gotong-royong di Pasar Basah Jeram.

Kerja gotong-royong itu meliputi kerja pembersihan saliran longkang, kawasan persekitaran pasar dan tempat pembuangan sampah yang sebelum ini tidak memuaskan.

Azahari berkata, pihaknya juga menggalakkan mana-mana individu atau penduduk kampung yang berminat untuk berniaga di pasar memandangkan masih ada kekosongan.

“Lesen perniagaan akan dikeluarkan serta-merta kepada mereka yang berminat sementara masih ada kekosongan ruang jualan di Pasar Basah Jeram.

“Bagi menggalakkan kehadiran pengunjung, MDKS akan memasang papan tanda pasar sebagai penunjuk arah di kawasan yang strategik.

“Ini kerana rungutan peniaga yang mendakwa pelanggan kurang disebabkan tiada papan tanda yang memaklumkan wujudnya pasar basah di pekan Jeram ini.

“Sebarang aduan, orang ramai boleh mengemukakannya secara atas talian di http://adu-mdks.selangor.gov.my atau mengunjungi laman web http://www.mdks.gov.my/ untuk info lebih lanjut,” katanya.

 

                                        Elak tindakan kompaun serta-merta

   

Kemaskini pada 2015-10-06 12:25:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page