Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 30 tahun dibelenggu bau busuk

Wartawan Sinar Harian II 19 September 2015
 
   

 

BESTARI JAYA – Bau busuk memualkan! Begitulah keadaan penduduk di sekitar kawasan taman perumahan murah di Jalan Kilat, di sini yang berdepan pencemaran bau sejak lebih 30 tahun lalu.

Lebih memeritkan, bau sisa kumbahan najis dari tangki septik yang didakwa terlalu hampir dengan kawasan perumahan mereka menjadikan hidup seharian dibelenggu bau tidak menyenangkan itu.

Penduduk, V Balan, 55, berkata, dia sudah tidak sanggup lagi berdepan bau busuk yang memualkan setiap hari selepas menanggung masalah itu dalam tempoh yang lama.

“Tak sanggup nak hidu bau busuk hari-hari, nak makan pun tak ada selera. Bila cuaca panas lagi bau busuk memeningkan. Memang tak tahan hidup macam ni tapi uncle terpaksa juga hadapi sebab tak ada tempat lain nak tinggal. Inilah rumah uncle dan anak isteri duduk selama ini.

“Kalau boleh, uncle mohon pihak  berkenaan selesaikan masalah bau busuk ni cepat. Kami tak tahu nak buat macam mana lagi,” katanya.

Sementara, M Devi, 48, berkata, dia memohon keprihatinan kerajaan negeri supaya dapat membantu menyelesaikan masalah bau busuk yang menghantui mereka selama ini.

“Kerajaan negeri bantulah kami. Tak sanggup lagi nak hidu bau busuk ni. Buatlah saliran bau supaya masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

 

                                        30 tahun dibelenggu bau busuk

Sementara, M Devi, 48, berkata, dia memohon keprihatinan kerajaan negeri supaya dapat membantu menyelesaikan masalah bau busuk yang menghantui mereka selama ini.

“Kerajaan negeri bantulah kami. Tak sanggup lagi nak hidu bau busuk ni. Buatlah saliran bau supaya masalah ini dapat diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Biro Aduan PKR, S Manikavasagam menjelaskan, pihaknya terpanggil untuk melihat keadaan sebenar penduduk yang mengadu mengenai masalah pencemaran bau tersebut.

Menurutnya, apabila beliau turun tengok kawasan mereka, memang tak dinafikan bau busuk disebabkan tangki septik terlalu dekat dan bayangkan setiap hari penduduk terpaksa hidu bau busuk.

“Cukup kasihan bila prasarana taman perumahan murah yang dibina sekitar tahun 1970-an itu tak begitu efektif kerana tangki septik terlalu dekat sehingga mengundang masalah.

“Kalau reka bentuk rumah sekarang, tangki septik jauh dari kawasan perumahan. Bila jadi masalah bau busuk sebegini, penduduklah yang terpaksa tanggung setiap hari," katanya.

Beliau berkata, penduduk amat berharap masalah ini mendapat perhatian pihak berwajib termasuk kerajaan negeri supaya bantu mereka selesaikan dengan segera.

“Kalau boleh penduduk mohon bina semula saliran baru untuk tangki septik atau kawasan pembuangan sisa kumbahan yang lebih praktikal dan jauh dari kawasan perumahan,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-10-06 11:58:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page