Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Bumbung asrama diterbangkan ribut

Wartawan Sinar Harian II 18 September 2015
 
   

 

JERAM – “Lepas habis ‘study’ pukul 4 pagi, saya memang nak tidur kejap. Mata dah ngantuk tapi kawan kejutkan sebab bunyi angin kuat,” demikian kata mangsa ribut, Saifuddin Rabbani, 19, kepada Sinar Harian.

 Pelajar Sekolah Menengah Islam (SMI) Hira’ Jeram itu berkata, sebelum bumbung asrama sekolah diterbangkan angin, dia bersama rakannya tidak dapat tidur disebabkan bunyi yang menakutkan.

“Masa itu mata dah ngantuk sangat tapi bila angin kuat, saya jadi tak sedap hati nak tidur….tak lama lepas itu tiba-tiba 'blackout', kami semua terpaku.

“Hujan lebat dan kilat sabung-menyabung. Saya tengok bumbung asrama sebelah sana dah terbang dan masing-masing diam tunggu arahan ketua pengawas.

“Masa tu kami tunggu dalam asrama sebab angin kuat, saya pun panik sebab ini pertama kali berlaku tapi bila warden datang. dia minta kami kumpul di dewan makan,” katanya.

Saifuddin antara 650 pelajar SMI Hira’ Jeram yang terjejas akibat musibah ribut yang melanda kawasan itu malam semalam sehingga merosakkan tujuh asrama lelaki.

 

                                        Bumbung asrama diterbangkan ribut

Bunyi angin kuat menakutkan

Rakannya, Ahmad Muttmaein Zairulshahfuddin, 16, berkata, ketika kejadian dia sedang lena tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi angin yang menggerunkan.
 
“Selalu memang ada angin bila nak hujan tapi tak pernah kuat macam ni, bila dah reda sikit masing-masing buat kerja sebab dah bangun.
 
“Saya ingat nak ‘study’ tapi tiba-tiba dengar bunyi angin lagi kuat sebelum bumbung tercabut. Masa itu dah gelap sebab ‘black out'. Saya pun cepat-cepat telefon warden bagi tahu pasal ribut ni.

“Memang habis basah sebab tempias dan kami tak berani keluar takut terpijak paku atau terkena bumbung sebab masa itu gelap dan hanya nampak kelibat kawan bila kilat memancar,” katanya.
 

Susun katil untuk berlindung
 

Seorang lagi pelajar, Azzam Abdul Rahman, 16, berkata, mereka diarahkan ketua pengawas supaya menyusun katil bertingkat yang ada selepas bumbung asrama diterbangkan.
 
“Disebabkan bumbung tercabut, ketua pengawas siap pakai pembesar suara minta kami susun katil dan berlindung di bawahnya sementara cuaca reda dan dipindahkan ke dewan makan.
 
“Masa itu memang berdebar jantung tapi kami pun tak boleh keluar asrama sebab masih gelap dan hujan lebat…hanya tunggu bawah katil sementara warden bagi arahan berpindah.

 “Lama juga nak tunggu hujan reda. Bila dah siang sikit, kami pakat kemas barang untuk pindah asrama baru sebab ada persiapan peperiksaan,” katanya.
 

Kerosakan hampir RM100,000
 
Sementara itu, Pengetua SMI Hira’ Jeram, Bat Kamaruzzaman Abdul Kadir menjelaskan, pihaknya mengambil keputusan memberi cuti seminggu kepada pelajar tingkatan satu, dua, empat dan maahad tahfiz.

“Ini kerana keadaan asrama agak teruk dan pelajar tingkatan tiga dan lima yang berdepan peperiksaan pertengahan tahun tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditempatkan di asrama lain.

“Seramai 170 pelajar yang dipindahkan ke asrama sementara manakala yang lain dibenarkan cuti selepas pihak pengurusan mengambil keputusan menunda tarikh peperiksaan.

“Ini kejadian pertama kali dan selepas diteliti, kerosakan membabitkan kos hampir RM100, 000 kerana lantai jubin surau rosak teruk selain bumbung di tiga bangunan terjejas.

“Bukan saja asrama, bumbung surau dan bangunan akademik pun tercabut. Alhamdulillah tiada yang cedera. Bantuan segera amat diperlukan seperti peralatan asrama, katil dan tilam.

“Kepada mereka yang ingin membantu, boleh salurkan bantuan kewangan ke akaun Maybank Srihira Development Sdn Bhd 012110320962 atau menghubungi di talian 0192857595.

“Badan korporat yang ingin membantu boleh menghubungi saya di talian 0192802180 untuk maklumat lanjut,” katanya semalam.

   

Kemaskini pada 2015-10-06 11:25:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page