Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Saksi kes langgar lari dicari

Wartawan Sinar Harian II 07 September 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR – Saksi kemalangan langgar lari dicari bagi membantu siasatan melibatkan pembonceng motosikal maut di KM59 Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran pekan Tanjong Karang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 malam pada 3 September lalu, mangsa, Tan Kiok Sit, 44, dikatakan bersama suaminya Tan Loon Pau, 45, dalam perjalanan ke Hospital Tanjong Karang.

Bagaimanapun, mangsa tercampak apabila motosikal yang dinaiki pasangan tersebut dilanggar sebuah kenderaan tak dikenali dari arah belakang.


                                            Saksi kes langgar lari dicari

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya yang  mengalami kecederaan masih menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.

Ketua Polis Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan terbabit.

“Kes masih disiasat Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohamad Elme Othman. Pihak polis mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Manakala, kenderaan terlibat dibawa untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). Saksi bebas sedang dicari bagi membantu siasatan dan mereka boleh tampil ke balai polis berhampiran untuk maklumat,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-09-09 15:33:59 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page