Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Maahad tahfiz perlu RM1.5 juta

Wartawan Sinar Harian II 11 Ogos 2015
 
   

 

TANJONG KARANG - Sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi membangunkan semula Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat, Batu 10 yang musnah dalam kebakaran pada 8 Ogos lalu.

Pengetua Maahad Tahfiz Jamiul Hasanat, Mohd Judi Sarjo berkata, pihaknya memerlukan dana sekurang-kurangnya RM1.5 juta bagi membangunkan maahad baru bersebelahan tapak asal.

Menurutnya, pihaknya masih dalam perbincangan dengan jawatankuasa pengurusan maahad sama ada mahu membangunkan semula bangunan lama atau membina bangunan baru.

“Sebelum ini memang ada cadangan untuk membina bangunan baru yang lebih moden dan lengkap dengan kelengkapan asrama, kelas dan kemudahan lain untuk pelajar.

“Bagaimanapun ketika itu kita masih menggunakan bangunan lama yang berusia lebih 50 tahun berikutan kekangan dana,” katanya yang turut menerima kunjungan dua Exco kerajaan negeri yang melawat bangunan terbakar kelmarin.

 

                                          Maahad tahfiz perlu RM1.5 juta

Kata Mohd Judi, dana sekurang-kurangnya RM1.5 juta diperlukan bagi membina bangunan baru dan memerlukan sumbangan orang ramai bagi merealisasikannya.

“Pihak pengurusan maahad masih mencari jalan untuk mengumpul dana pembinaan maahad yang baru memandangkan kita tidak mahu pembelajaran pelajar sedia ada terjejas.

“Buat masa ini, pelajar ditempatkan di Dewan Darul Huda bersebelahan tapak kebakaran untuk tempoh sementara manakala kelas diletakkan di tempat berhampiran.

“Memang agak menyedihkan kerana pelajar tinggal sehelai sepinggang dan pihak pengurusan maahad membeli bahan ilmiah yang baru untuk mereka meneruskan pembelajaran.

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan dana ke akaun Bank Islam Maahad Jamiul Hasanat 12083010011313 atau menghubungi saya di talian 0192459009 atau Mat Hasbollah Sudin di talian 0133707271,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-08-18 11:56:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page