Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MDKS kesal maklumat palsu pada papan tanda

Wartawan Sinar Harian II 27 Jun 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR - Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu sehingga menjejaskan imej penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin menjelaskan, maklumat palsu yang tertera pada papan tanda larangan membuang sampah menjadi viral sehingga mengejutkan semua pihak.

Menurutnya, paparan maklumat yang tertulis 'Awas! Anda akan berhadapan dengan penguatkuasa tidak berpakaian' menimbulkan persepsi buruk terhadap penguatkuasa MDKS itu sendiri dan menimbulkan salah faham.

 

                                                 MDKS kesal maklumat palsu pada papan tanda

“Sedangkan maklumat tepat adalah 'Awas! Anda akan berhadapan dengan penguatkuasa tidak berpakaian seragam' bagi mengesan mereka yang masih berdegil membuang sampah di tanah rizab kerajaan dan bahu jalan.

“Saya minta individu tidak bertanggungjawab terbabit dikenakan tindakan sewajarnya kerana penyebaran maklumat sehingga menjadi viral agak memalukan,” katanya.

Penyebaran gambar mengenai satu papan tanda MDKS yang telah diubah kenyataannya dan mula disedari pada 24 Jun lalu. 

Papan tanda tersebut dipasang di Jalan Melor 1, Saujana Utama, bertujuan sebagai notis larangan membuang sampah di kawasan tersebut yang dikeluarkan MDKS.

Justeru itu, semua pengguna laman sosial diharap lebih bertanggungjawab supaya tidak mengubah sebarang kenyataan di papan tanda MDKS serta menyebarkannya di laman sosial.
   

Kemaskini pada 2015-07-07 09:39:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page