Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sanggup abai kebajikan isteri, anak

Wartawan Sinar Harian II 10 Februari 2015
 
   

 

KUALA SELANGOR - Tindakan segelintir penduduk yang sanggup mempertaruhkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan berjudi mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak amat dikesali.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan terdapat penerima BR1M yang mana ketua keluarga sanggup berbuat demikian sehinggakan dapur rumah mereka tidak berasap.

                                                            Sanggup abai kebajikan isteri, anak


Menurutnya, pihaknya kesal apabila masih ada penerima BR1M yang menyalahgunakan bantuan kerajaan yang bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung akibat kenaikan kos sara hidup.

“Bila dapat tahu bantuan BR1M disalahgunakan dan dihabiskan di meja judi, saya amat kesal kerana tindakan itu menyebabkan kebajikan isteri dan anak tak terbela dan duit terbuang begitu saja.

“Sedangkan boleh dimanfaatkan untuk membeli keperluan harian dan meringankan beban…agihan wang yang dibuat tiga peringkat ini perlu digunakan sebaik mungkin,” katanya kepada Sinar Harian selepas mengulas isu BR1M disalahgunakan untuk berjudi dam sehingga menyebabkan kebajikan dan keperluan ahli keluarga terabai.

Rungutan isteri yang kesal dengan tindakan suami menghabiskan wang tunai BR1M untuk berjudi menimbulkan masalah memandangkan kebajikan keluarga itu tak terbela gara-gara sikap suami yang tidak amanah.

Mengulas lanjut, Irmohizam mahu semua penerima BR1M tak kira belia dan warga emas khususnya di daerah ini jelas dengan hasrat kerajaan persekutuan yang mahu membantu meringankan beban hidup rakyat masa kini.

“Kita kena faham tujuan utama bantuan BR1M ini diberikan kepada rakyat…jangan salah gunakannya dan perlu bertanggungjawab menggunakan bantuan ini sebaiknya,” katanya selepas menyampaikan BR1M kepada 157 penduduk yang tidak mempunyai akaun bank.

Dalam program itu, Irmohizam yang juga Presiden Majlis Belia Selangor terharu apabila seramai 22,111 penduduk di daerah ini berpeluang menikmati wang tunai RM200, RM300 dan RM350 secara berperingkat.

“Bagaimanapun bagi mereka yang masih tidak mempunyai buku akaun, satu sesi penyampaian BR1M dibuat dengan pembukaan kaunter bank bagi memudahkan mereka membuka akaun selepas ini,” katanya.

   

Kemaskini pada 2015-02-17 12:52:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page