Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Polis tetap buru sampai dapat

Wartawan Sinar Harian II 18 Oktober  2014
 
   

 

BESTARI JAYA - Pihak polis semakin giat melakukan siasatan dan risikan bagi mengesan saki baki kumpulan  kes samun dan rogol membabitkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang masih bebas di negeri ini.

Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Abdul Samah Mat menjelaskan, pihak polis masih aktif menjalankan siasatan terhadapi kes terbabit.

“Kita terima maklumat tertentu yang boleh bantu kes, bagaimanapun masih belum boleh dikongsi kepada media buat masa ini. Jika ada perkembangan terkini, kita akan maklum kepada semua,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program  Mencegah Jenayah bersama Universiti Selangor (Unisel) dan Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Unisel, semalam.

Abdul Samah menjelaskan, meskipun trend jenayah di negeri ini dilaporkan menurun, namun masih belum dapat mengubah persepsi masyarakat yang masih takut seolah-olah jenayah masih berleluasa.

“Kita berusaha menangani persepsi masyarakat dengan meningkatkan pelbagai program melibatkan komuniti setempat. Kita mahu meningkatkan semula keyakinan orang ramai terhadap polis," katanya sekali gus memuji inisiatif Unisel yang menjadi universiti swasta pertama
mewujudkan Kelab Pencegahan Jenayah.

Menurutnya, inisiatif seperti ini dapat mendidik dan memberi pendedahan kepada penuntut supaya menghindarkan diri dari jadi mangsa jenayah.

“Bahkan mereka boleh main peranan dalam menjadi mata dan telinga polis untuk melaporkan kes jenayah yang berlaku,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-10-27 08:05:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page