Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tabung khas 20 sen disabotaj

Wartawan Sinar Harian II 20 Julai 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Tabung khas yang digunakan untuk bayaran 20 sen penggunaan beg plastik di bazar Ramadan disabotaj dengan diisi minyak masak antara dugaan yang terpaksa dihadapi penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mendidik orang ramai tidak menggunakan beg plastik setiap Sabtu.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin berkata, penyediaan tabung khas sempena Kempen Bazar Ramadan Mampan 2014 di setiap gerai peniaga pada mulanya mendapat reaksi negatif berikutan dikatakan menyusahkan pembeli.

Menurutnya, meskipun mereka tidak membantah secara terang-terangan namun ada tabung khas itu diisi minyak masak terpakai sebagai tanda protes menyebabkan penguat kuasa berdepan masalah.

                                                    Elizabeth (tiga, kanan) menyerahkan beg kitar semula yang mengandungi bekas simpanan makanan kepada pengunjung Bazar Ramadan Kuala Selangor 1

“Bagaimanapun kempen berjalan seperti yang dirancang dan MDKS berjaya mengutip RM916.25 pada minggu pertama manakala kutipan minggu kedua sebanyak RM753.20 mencatat penurunan.

“Penurunan ini membuktikan peniaga sudah memahami konsep kempen yang diamalkan bukan saja di pasar raya bahkan dipraktikkan di bazar Ramadan untuk mengurangkan penggunaan plastik,” katanya.

Azahari berkata, sebanyak 479 tabung khas disediakan di empat bazar Ramadan utama seperti di Bazar Ramadan Tanjong Karang 1, Kuala Selangor 1, Puncak Alam dan Saujana Utama.

“Hasil kutipan tabung khas ini akan disalurkan untuk program amal melibatkan anak yatim di daerah ini dan setiap kutipan akan dibuat pada jam 6.30 petang.

“MDKS juga menyambut saranan kerajaan negeri untuk menjalankan kempen kitar semula minyak masak di bazar yang sama dan tong pengumpulan minyak turut disediakan  di lokasi terpilih.

“Kutipan minyak masak terpakai ini akan dijalankan kontraktor yang dilantik MDKS,” katanya pada Program Lawatan Bazar Ramadan Mampan Negeri Selangor yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Sementara itu, Elizabeth berkata, kempen yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah bertujuan untuk mendidik orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik sekali gus memelihara alam sekitar.

“Masalah utama yang kerajaan negeri perlu hadapi adalah kos pelupusan sampah sarap yang semakin hari semakin meningkat dan inilah salah satu kesedaran awam yang cuba diterapkan dalam diri rakyat.

“Caj 20 sen mungkin cukai hijau yang dikutip untuk mendidik orang ramai supaya menggunakan beg kitar semula atau membawa bekas simpanan dari rumah seiring usaha membantu kerajaan negeri memelihara kebersihan alam sekitar,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-07-22 12:37:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page