Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tunggu keputusan sampel

Wartawan Sinar Harian II 11 Julai 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKDKS) masih menunggu keputusan sampel bubur lambuk yang didakwa menjadi punca keracunan makanan dua kanak-kanak Selasa lalu.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Dr Mohamed Azahar Mohamed Nawi berkata, sampel bubur lambuk yang diterima daripada pengadu itu dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor di Bandar Botanik Klang untuk analisa lanjut.

Katanya, keputusan sampel itu sekurang-kurangnya boleh diperoleh dalam tempoh seminggu bagi mengenalpasti punca sebenar keracunan makanan samada berpunca daripada makanan itu atau unsur lain.

“Analisa kuman yang terkandung dalam makanan itu penting bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil sejajar Akta Makanan 1983 dibawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

                                                    Antara Inspektor Kesihatan PKDKS memeriksa memeriksa beberapa premis di Bazar Ramadan Tanjong Karang.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau tindakan mahkamah,” katanya ketika mengulas perkembangan terkini kes keracunan makanan di daerah ini.

Dr Mohamed Azahar berkata, pihaknya turut mengadakan pemantauan di setiap bazar Ramadan di daerah ini bagi memeriksa produk makanan dan minuman djual dan pada masa sama mengedarkan risalah keselamatan makanan.

“Kebetulan operasi kedua yang dilaksanakan Inspektor Kesihatan PKDKS di Bazar Ramadan Tanjong Karang semalam dikejutkan dengan aduan kes keracunan makanan sekali gus mendorong siasatan lanjut dibuat terhadap semua gerai yang menjual bubur lambuk.

“Kita kena siasat dan pantau makanan dengan mengambil semua sampel makanan itu untuk tujuan analisa....ini juga salah satu prosedur PKDKS sebaik saja terima aduan membabitkan kes keracunan makanan.

“Saya tak kata semua gerai yang menjual bubur lambuk itu bermasalah tapi kena periksa semua..mungkin kebetulan masa pemantauan itu, makanan tidak tercemar berbanding hari sebelumnya.

“Semua ini bergantung kepada cara masakan, teknik simpanan dan tempoh makanan itu masih boleh dijual kepada pengguna... tapi saya beri peringatan kepada peniaga supaya tidak menjual makanan yang tak habis dijual.

“Jangan simpan atau jual semula makanan yang dikhuatiri tercemar itu kepada pelanggan kerana boleh mengakibatkan kesan buruk terutamanya kepada kanak-kanak,” katanya semalam.

Terdahulu, Unit Inspektorat dan Perundangan PKDKS diketuai Azahari Miswandi  melakukan pemeriksaan dan mengambil sampel bubur lambuk di setiap penjual di Bazar Ramadan Tanjong Karang.

Inspektor Kesihatan PKDKS turut memeriksa lesen perniagaan dan memastikan semua peniaga mematuhi peraturan.

   

Kemaskini pada 2014-07-22 12:23:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page