Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Jangan sampai bertindih bantuan

Wartawan Sinar Harian II 12 Julai 2014
 
   

 

KUALA SELANGOR - Bancian senarai pemohon dalam sistem eKasih perlu telus dan konsisten bagi mengelakkan pertindihan bantuan sehingga menyebabkan golongan sasar yang sepatutnya dibantu tidak diberi peluang.

Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak berkata, pihaknya tidak mahu seorang penduduk menerima banyak bantuan daripada agensi kerajaan sedangkan jika diagihkan kepada mereka yang layak, bantuan lebih menyeluruh.

Menurutnya, bancian senarai pemohon baru penting bagi mengenal pasti maklumat yang diperoleh lebih terperinci kerana mereka terus ke rumah penduduk sekali gus menggelakkan pertindihan bantuan.

                                                       Sulaiman (kanan) memberi taklimat ringkas sempena Program Bancian Mobile Team Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Kampung Hang Tuah.

“Sebab saya mahu bantuan diberikan kepada mereka yang layak secara menyeluruh, jika seorang penduduk sudah menerima satu bantuan, cukuplah... bagi pula kepada keluarga miskin lain supaya semua merasa manfaatnya.

“Bukan mudah sebenarnya nak puaskan hati semua orang, sebab itu bancian yang dibuat kena lebih terperinci,” katanya yang hadir pada Program Bancian Mobile Team Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di Kampung Hang Tuah, Idaman dan Seri Makmur.

Sulaiman berkata, pangkalan data senarai peserta e-kasih di Dun Permatang yang dikemas kini nanti memudahkan semua agensi untuk memilih penerima sebelum menyalurkan bantuan melalui peruntukan sedia ada.

“Senarai sedia ada dalam sistem eKasih ini memudahkan agensi berkaitan memilih peserta yang mengikut kriteria yang ditetapkan untuk dibantu sekali gus membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

“Senarai ini juga boleh memudahkan saya untuk mengenal pasti mana-mana penduduk yang terlepas pandang di dalam Dun Permatang untuk bantuan selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pegawai Kesejahteraan Rakyat ICU JPM, Asniza Hanis Mohd Yusof berkata, pihaknya meneliti setiap senarai pemohon yang dicadangkan pemimpin setempat seperti pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung persekutuan (JKKKP), adun dan ahli parlimen.

“Sebelum serahan nama ke dalam sistem eKasih, Mobile Team ICU JPM akan membuat bancian terlebih dahulu ke rumah pemohon samada mereka layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Tak semestinya pemohon itu memiliki kereta, rumah besar dan mampu membayar perkhidmatan siaran televisyen berbayar tak layak memohon kerana mungkin kesemua harta itu dinikmati ketika dia hidup senang satu ketika dulu.

“Mungkin sekarang ini dia jatuh sakit dan hilang punca pendapatan. Sebab itu, Mobile Team ICU JPM ini kena tengok semua itu dan siasat sebaik mungkin bagi membolehkan mereka yang layak dibantu,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-07-22 12:27:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page