Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Waris dicari bantu proses dokumentasi

Wartawan Sinar Harian II 09 Julai 2014
 
   

 

TANJONG KARANG - Waris atau ibu kepada seorang kanak-kanak, Siti Nor Diana Abdullah, dua tahun, dicari bagi membantu menyelesaikan proses dokumentasi bagi membolehkan proses pengambilan anak angkat dan MyKid berjalan lancar.

Penjaganya, Mohd Norazman Sukirin, 28, berkata, dia sekeluarga memerlukan kehadiran seorang perempuan yang juga ibu kepada kanak-kanak terbabit untuk membantunya menyelesaikan proses borang perakuan keizinan pengangkatan seperti diarahkan pihak berkenaan.

“Pada 2012 lalu, seorang perempuan yang hanya dikenali sebagai Siti Intan Norsahira minta tolong saya untuk cari tempat tinggal selepas terlanjur dan masa itu dia sudah mengandung lebih tujuh bulan..

                                                                     Waris atau ibu kepada Siti Nor Diana diminta tampil untuk bantu selesaikan dokumentasi MyKid.

“Perempuan yang berusia lingkungan 18 tahun itu tak ada kad pengenalan diri dan datang sehelai sepinggang mohon bantuan selepas dia cakap tak ada tempat untuk tinggal.

“Masa itu, saya kasihan dan bincang dengan emak dan emak setuju nak bantu sebab memang kasihan tengok dia yang tidak terurus dengan sarat mengandung.

“Emak pun jaga dia sampai selamat bersalin dan kamilah yang tanggung semua kos perbelanjaan ketika dia di hospital dan sepanjang tempoh dia berpantang di rumah,” katanya yang menetap di Kampung Haji Razali, di sini.

Mohd Norazman berkata, dia sekeluarga sudah menganggap Siti sebagai adik sendiri dan segala keperluannya termasuk kelengkapan bayi dipenuhi memandangkan emak hanya ada dua anak perempuan sahaja.

“Emak sayang sangat dengan Siti Nor Diana dan jaga dia elok tapi bila Siti dah habis pantang, dia mula keluar rumah sampai lewat malam dan ada juga dia tak balik langsung.

“Masa itu kami cukup bimbang bila kenangkan bayi yang baru berusia dua bulan dibawa entah ke mana dan bila dapat tahu dia bersekedudukan dengan seorang lelaki, saya pun datang ke rumah lelaki itu dan bawa dia balik.

“Masa itu sedih tengok bayi tak pakai baju dengan malam yang sejuk., bila kami tegur cara baik dan suruh ubah sikap, Siti mula hilangkan diri dan selepas itu tak balik rumah sampai sekarang.

“Dia tinggal anak macam itu saja dan sekarang dan masuk tiga tahun, dia tak pernah nak jenguk anaknya, kami sekeluarga gagal kesan Siti sebab nak selesaikan urusan dokumentasi untuk MyKid,” katanya.

Menurutnya, dia meminta Siti tampil membantu menyelesaikan masalah dokumentasi bagi membolehkan anaknya itu dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain dan masa depan yang terjamin.

“Jadi, saya memohon waris atau Siti sendiri dapat menghubungi saya di talian 017-2244881 untuk urusan lanjut,” katanya.

   

Kemaskini pada 2014-07-10 17:18:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page