Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Cuaca panas: Pengguna disaran jimatkan air

Wartawan Selangor Kini II 22 Jun 2014
 
   

 

SHAH ALAM 22 JUN : Pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diingatkan berhemat dalam penggunaan air dan mengelakkan pembaziran dalam keadaan cuaca panas pada ketika ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan media berkata susulan cuaca panas sedang dialami sejak akhir ini di Semenanjung Malaysia permintaan bekalan air meningkat berbanding permintaan biasa

           Suhu-panas-eksterm-416x250  air pahang

Katanya, penjimatan ini boleh membantu dan mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dengan gangguan berkenaan.

“Rizab margin air terawat yang dihasilkan loji-loji rawatan air sedia ada di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah rendah, iaitu kurang daripada 2 peratus.

“Daripada maklumat dikemukakan operator pengagihan air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), beberapa kolam air mengalami penurunan paras air ketara akibat daripada peningkatan permintaan bekalan air ,” kata SPAN.

Katanya, penurunan paras air di kolam-kolam mengakibatkan bekalan air tidak berjadual di Daerah Hulu Langat dan sekitar Wilayah Kuala Lumpur masing-masing bermula pada 17 Jun dan 19 Jun.

Pada masa ini, kawasan-kawasan yang terlibat dibekalkan daripada Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan LRA Langat.

Jumlah pengeluaran air pada 19 Jun daripada LRA Semenyih adalah sebanyak 688 Juta Liter Sehari (JLH) manakala LRA Langat pula sebanyak 482 JLH melebihi 25 peratus kapasiti rekabentuk asal loji-loji iaitu 545 JLH dan 386 JLH.

SYABAS menganggarkan sejumlah 34,000 dan 17,500 akaun pengguna terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini di Daerah Hulu Langat dan Wilayah Kuala Lumpur.

Susulan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengarahkan SYABAS supaya menggerakkan lori-lori tangki air bagi penghantaran bekalan air kecemasan ke kawasan-kawasan yang terlibat.

Selain itu, SYABAS juga menyediakan tangki-tangki air statik untuk diletakkan di kawasan terlibat jika diperlukan.

SYABAS juga akan memantau rapi secara berterusan semua kawasan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya khususnya kawasan-kawasan yang menerima bekalan air daripada kedua-dua loji di atas.

   

Kemaskini pada 2014-06-24 15:43:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page