Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tujuh wakil rakyat sepakat

Wartawan Sinar Harian II 17 Jun 2014
 
   

 

TANJONG KARANG - Tiga Ahli Parlimen dan empat Adun sepakat mahu kerajaan  menilai  semula  jajaran Projek Lebuhraya Pantai Barat  yang melibatkan Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, hasil perbincangan bersama Adun Permatang, Sungai Burong, Sungai Panjang, Sekinchan, Sungai Air Tawar dan Sabak memutuskan untuk menolak cadangan penggunaan jalan sedia ada di Jalan Bernam.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas syarikat konsesi mahu menggunakan Jalan Bernam sebagai jajaran baru lebuhraya terbabit sekali gus menimbulkan bantahan penduduk di Sabak Bernam.

                                                 Noh (tengah) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPK Tanjong Karang, Sahri Siwer sempena majlis berkenaan.

“Sebab itu, Adun BN bersama Ahli Parlimen masing-masing mahu projek lebuhraya terbabit dilaksanakan mengikut perancangan asal iaitu membina  susur keluar di Lebuh Raya Pantai Barat melalui Ban Cenal.

“Cadangan ini diambil berikutan mahu memberi kemudahan jalan alternatif pengguna untuk melalui Jalan Bernam untuk ke Sabak Bernam dan Perak sekiranya berlaku kesesakan di lebuhraya.

“Alhamdulillah, cadangan ini mendapat reaksi positif daripada kementerian berkaitan sekali gus membuktikan kerajaan peka dengan keperluan rakyat,” katanya ketika diminta mengulas status projek lebuhraya yang melibatkan kawasan Tanjong Karang.

Sebelum ini, kerajaan akan menilai semula jajaran projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping sejauh 233 kilometer bagi mengatasi kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dalam jangka masa panjang.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, pembinaan jajaran tersebut melibatkan Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Sungai Besar memandangkan ketiga kawasan berkenaan adalah pekan dan bandar yang mempunyai kepentingan ekonomi.

Usaha itu bukan sahaja bakal merancakkan pembangunan kawasan sekitar, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi terutamanya bandar terlibat kerana sistem lebuh raya yang efisien dan jarak perjalanan lebih dekat.

Bagaimanapun  ahli  jawatankuasa yang dilantik akan melihat semula pelan  lukisan bagi mengenal pasti adakah laluan jajaran tersebut akan memberi impak kepada ekonomi negara dan penduduk setempat termasuk di Teluk Intan

Mengulas  lanjut  perkara berkenaan, Noh yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor berkata, pihaknya bersama  Ahli Parlimen Sabak Bernam dan Sungai Besar sebulat suara  membawa  cadangan ini selepas dipanggil dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

“Dalam mesyuarat itu, cadangan untuk mengekalkan jalan di Ban Cenal turut disambut baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bersedia untuk mengkaji semula pembinaan jajaran baru,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Insentif Program NKEA-EPP 11 kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang berjumlah RM719,580 yang melibatkan 279 peserta.

Sinar Harian telah difahamkan, bajhawa penduduk sekitar Sungai Besar turut menolak cadangan untuk mengenakan tol kepada pengguna yang bakal melalui susur keluar Tanjung Karang-Sabak Bernam dari Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar).

Pada masa sama mereka juga turut mendesak kerajaan supaya mengikut perancangan asal sebelum ini iaitu membina susur keluar di Lebuh Raya Pantai Barat melalui Ban Cenal.

  

Kemaskini pada 2014-06-24 15:05:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page