Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Pantai Remis tumpuan pengunjung

Wartawan Sinar Harian II 06 Jun 2014
 
   

 

JERAM - Walaupun berdepan masalah hakisan, namun keadaan itu tidak menghalang pengunjung tidak kira dalam dan luar daerah Kuala Selangor terus mengunjungi Pantai Remis yang kini menjadi pusat jualan pelbagai produk kampung, pakaian, kasut serta permainan dengan harga berpatutan.

Lebih menarik, tapak jualan baru yang disediakan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dilihat lebih tersusun dan menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah selain menikmati keindahan pantai.

Pengerusi Persatuan Peniaga/Penjaja Pantai Remis, Nazarrudin Ismail, 44, berkata, pihaknya tidak menafikan isu penempatan tapak baru sebelum ini pernah menimbulkan rungutan peniaga dan penjaja yang bimbang hilang punca pendapatan.

                                                          Suasana tapak niaga baru dikunjungi orang ramai.

Menurutnya, sebelum ini peniaga dan penjaja membantah tapak niaga baru berikutan bimbang hilang pelanggan tetap dan kontroversi pemindahan tapak berlanjutan sehingga terpaksa membuat siri perbincangan dengan MDKS.

“Hasil perbincangan, peniaga dan penjaja akur dengan pemindahan ke tapak baru tapi alhamdulillah, pengunjung tetap datang ke tapak baru berikutan tapak disusun lebih sistematik dan lebih selesa,” katanya.

Nazarruddin berkata, tidak mustahil Pantai Remis ini menjadi pusat pengumpulan dan jualan produk kampung dan kraf tangan selain menjadi tumpuan orang ramai beriadah setiap hujung minggu.

“Inilah salah satu tarikan Kuala Selangor dan mampu bantu kerajaan mempromosikan produk serta eko pelancongan Selangor.

“Selain itu, taraf hidup penduduk setempat pun meningkat sebab boleh berniaga untuk sara keluarga," katanya.

Katanya, pihak persatuan juga berterima kasih terhadap peranan dan kerjasama MDKS serta jawatankuasa penduduk yang banyak membantu memberi keselesaan melalui penyediaan infrastruktur yang dirancang pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sudah menjadi harapan kami untuk melihat kemudahan dan infrastruktur Pantai Remis ini terus dimajukan dan dinaiktarafkan untuk manfaat semua,” katanya .

Sementara itu, pengunjung, Noraini Shamsudin, 30, berkata, dia sekeluarga sering mengunjungi Pantai Remis untuk membawa anak kecil beriadah.

“Macam jualan ‘car boot sale’ tapi bezanya mereka ada khemah masing-masing menjadikan tempat agak kemas, senang nak cari barang yang kita nak beli,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-06-10 10:57:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page