Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kerajaan Negeri tunai janji, 90 penduduk Bestari Jaya terima geran tanah

Wartawan Selangor Kini II 05 Mei 2014
 
   

 

BESTARI JAYA, 5 MEI : Lebih 90 penduduk dari Kampung Pecah Batu, Kampung Permai dan Kampung Jaya menerima geran tanah yang disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis, di sini, semalam.

Penyerahan geran milikan tanah itu dilakukan selepas penduduk menerima Borang 5A, April tahun lalu dan berjaya membayar premium tanah yang hanya berharga RM1,000

                                             IMG_0495a    IMG_0516a

Penerima, M Kupusamy, 80, dari Kampung Pecah Batu melahirkan rasa gembira selepas 40 tahun harapannya untuk memiliki tanah terbabit menjadi kenyataan.

“Saya sangat terharu. Sudah lama tunggu, memang sebelum ini saya tidak pernah memohon sebab tahu untuk mendapatkan tanah membabitkan harga yang mahal.

“Namun, saya berterima kasih kepada Menteri Besar kerana mempertimbangkan penurunan harga premium tanah dengan lebih rendah,” katanya.

Penerima lain, Khairiah Mistar, 50, berkata dia sangat terharu dengan keprihatinan Menteri Besar terhadap rakyat di negeri itu yang belum memiliki penempatan.

“Saya sudah menunggu untuk tanah ini sejak 19 tahun lalu dan tidak menyangka Menteri Besar begitu ikhlas terhadap rakyatnya,” katanya.

Bagi, A Sithradabi, 32, keluarganya sangat gembira apabila tanah tradisi mereka kini menjadi hak milik kekal.

“Saya mewakili ayah saya, beliau sudah meninggal dunia. Saya pasti jika ayah masih ada, dia tentu gembira kerana sudah menunggu terlalu lama untuk tanah itu menjadi hak milik keluarga kami.

“Apa yang lebih mengembirakan adalah apabila seluruh kampung saya juga menerima geran tanah ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, pihaknya masih memberi peluang dengan pelbagai alternatif kepada penduduk yang masih belum berupaya memilik tanah kerana tidak mampu membayar premium RM1,000.

                                                                IMG_0443a

Beliau berkata, pemberian geran tanah kepada peneroka asal itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri iaitu negeri maju, rakyat mesti mempunyai harta.

“Saya mahu serahkan tanah supaya tidak dipindah milik dan menjadi harta keluarga untuk diwarisi kepada anak dan cucu,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-05-09 09:00:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page