Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : R&R Pasir Penambang hampir siap

Wartawan Sinar Harian II 03 Mei 2014
 
   

 

TANJONG KARANG - Meskipun projek pembinaan kawasan rehat dan rawat (R&R) Pasir Penambang didakwa lewat mengikut jadual yang ditetapkan berikutan berdepan masalah teknikal, namun kini ia sudah hampir 90 peratus siap.

Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak berkata, hasil maklumat yang diterima, bangunan unit kedai jualan makanan, produk kraf tangan dan industri kecil sederhana (IKS) tempatan itu sudah hampir siap.

                                                       R&R Pasir Penambang hampir siap

Menurutnya, pihaknya difahamkan punca kelewatan projek pembinaan terbabit adalah disebabkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan dan beberapa masalah teknikal lain.

“Saya tak nafikan sebelum ini mungkin ramai merungut berikutan port makan bersebelahan bangunan Fama itu ditutup kerana bagi laluan projek terbabit dan tertangguh dari jadual sebenar hampir setahun.

“Namun, kita perlu bersyukur bangunan itu hampir siap dan tak lama lagi boleh beroperasi seperti biasa,” katanya ketika diminta mengulas isu pembinaan projek R&R Pasir Penambang yang menjadi satu-satu kawasan hentian di Parlimen Tanjong Karang.

Sebelum ini, penduduk sedia maklum beberapa unit kedai di hadapan bangunan Fama dirobohkan untuk membuka laluan kepada projek pembinaan R&R itu bagaimanapun mendakwa menunggu lama sehingga ke hari ini apabila projek itu lewat siap.

Mengulas lanjut mengenai rebutan unit kedai di bangunan R&R itu, Sulaiman menjelaskan, memang ramai yang memohon sokongannya untuk diberi peluang berniaga di beberapa unit kedai meskipun hanya 24 unit sahaja disediakan.

Katanya, sememangnya ramai yang mahu berniaga di kawasan itu memandangkan lokasi yang agak strategik, namun dia lebih suka mendahulukan orang tempatan yang ingin mengembangkan produk IKS dan kraf tangan yang membawa identiti Tanjong Karang.

“Jika ada lebihan peniaga yang gagal menyewa unit kedai terbabit, saya akan cuba berbincang dengan agensi kerajaan lain supaya dapat mewujudkan booth jualan tambahan bagi memeriahkan kawasan niaga.

“Sudah menjadi hasrat saya untuk melihat kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai selain memasarkan produk tempatan ke peringkat lebih luas,” katanya kepada Sinar Harian.

  

Kemaskini pada 2014-05-09 08:46:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page