Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 19 peniaga pengotor berdepan kompaun

Wartawan Sinar Harian II 22 April 2014
 
 

 

KUALA SELANGOR - Akibat tidak menjaga kebersihan premis dengan tidak menyediakan tong sampah, 19 peniaga berdepan 20 kompaun dalam operasi kebersihan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di kawasan tumpuan orang ramai.

Operasi yang diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan MDKS, Jefriee Ab Manaf itu meliputi kawasan Desa Coalfields, Pekan Sungai Buloh, Jalan Sasaran Sungai Buloh, Taman Assam Jawa, Stadium Utama Kuala Selangor, Taman Industri Alam Jaya dan Shah Alam 2, Puncak Alam.

                                                        19 peniaga pengotor berdepan kompaun

Setiausahanya, Azahari Sairin menjelaskan, operasi tertumpu di kawasan premis kedai yang gagal mematuhi notis dan baner yang dipasang pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak Mac lalu.

“Notis yang menyarankan pemilik premis menyediakan tong sampah untuk menjaga kebersihan kedai masing-masing bagaimanapun gagal dipatuhi sehingga menyebabkan mereka dikenakan kompaun.

“Tujuan notis itu diberikan adalah untuk mendidik masyarakat menjaga kebersihan dan pentingnya kemudahan tong sampah di setiap premis bagi menggalakkan pembuangan sampah dengan betul,” katanya.

Azahari berkata, selain kedegilan pemilik premis menyediakan tong sampah, MDKS turut berdepan dengan masalah longgokan sampah haram di lokasi pinggiran dan kawasan pasar awam.

“Tidak mahu masalah sampah berterusan, MDKS menetapkan operasi kebersihan sebanyak tiga kali dalam tempoh sebulan dengan dua kumpulan ditugaskan untuk penguatkuasaan sebelah pagi dan malam.

“Satu kompaun juga dikenakan terhadap individu yang dikenal pasti membuang sampah haram di kawasan operasi sebagai pengajaran kepada orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

  

Kemaskini pada 2014-04-22 13:09:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page