Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tak sangka kawan rapat

Wartawan Sinar Harian II 21 April 2014
 
 

 

TANJONG KARANG - “Saya tak sangka kawan yang satu masa dulu pernah pandu teksi sama-sama cari duit ketika cuti semester kini berdepan dugaan sehingga terpaksa dipotong kaki,” demikian kata Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar kepada Sinar Harian.

Penduduk yang juga kawan rapatnya, Ismail Tahir, 69, baru sahaja menjalani pembedahan kaki sebulan lalu akibat kencing manis itu kini berehat di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang.

Noh menjelaskan, pihaknya  terkejut apabila dimaklumkan mengenai musibah itu dan tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya ketika program turun padang.

                                                          Tak sangka kawan rapat

“Saya pun tak sangka akan dapat berjumpa dengannya lagi dan dapat mengimbas kembali memori lama dengannya ketika pandu teksi sama-sama.

“Alhamdulillah, saya dapat bertemu dengan Ismail lagi dan sedikit sumbangan makanan serta wang ringgit bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Sementara itu, Ismail  turut  terharu dengan kehadiran pemimpin bersama orang kampung yang sudi menziarahinya.

“Pakcik cukup gembira bila ada orang masih ingat dan sudi datang ke rumah sebab dah tua-tua macam ini jarang dapat keluar..lebih-lebih lagi baru lepas bedah.

“Dulu pakcik masih gigih usahakan anak benih kelapa untuk tambah duit belanja tapi sekarang kena berhenti sekejap tunggu pakcik sihat betul-betul dulu,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-04-22 13:07:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page