Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Catuan Air Dijangka Hingga Hujung April

Wartawan Selangor Kini II 17 April 2014
 
 

 

SHAH ALAM, 17 APRIL : Kerajaan Negeri meneruskan tindakan catuan air di beberapa kawasan sehingga satu masa yang akan ditetapkan berikutan paras air di beberapa empangan Selangor masih mencatat bacaan di bawah paras sasaran.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata perkembangan setakat ini memberi gambaran kaedah terbabit perlu dijalankan bagi mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi.

Katanya, hujan yang mula turun sejak beberapa hari lalu memberi reaksi positif terhadap perubahan dengan jangkaan mencapai sasaran 55 peratus bacaan paras air di empangan mampu dicatat dalam masa terdekat.

                                 Yunus Hairi     loji semenyih 02

“Dimaklumkan, di empangan Sungai Selangor iaitu empangan yang menjadi sumber 60 peratus di kawasan keperluan air di Selangor sudah mula hujan semalam.

“Semalam, bacaan pada paras 37.79 meter. Saya harap hari ini (semalam) lebih kerana kita juga membuat pembenihan awan. Kita masih lagi di paras berhati-hati seperti dimaklumkan Menteri Besar iaitu bila capai 55 peratus akan hentikan catuan air,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.

Yunus berkata, keadaan catuan itu dijangka sehingga penghujung April ini jika hujan berterusan seperti sedia kala dan menegaskan masalah bekalan air tidak hanya berlaku di Selangor, tetapi turut dihadapi beberapa negeri lain.

Sebelum ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat, berkuatkuasa 4 April lalu.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan pelan itu dilaksanakan serentak dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang dilanjutkan, sehingga 30 April ini.

Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang ditutup akibat pencemaran ammonia, beroperasi semula selepas paras kandungan bahan itu berkurangan ke tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.

Yunus berkata, Kerajaan Negeri mengharapkan kerjasama orang ramai supaya menggunakan air secara berhemah mengikut keperluan harian.

“Kita sarankan supaya mereka berjimat cermat dalam penggunaan air supaua tempat penting seperti masjid, sekolah dan beberapa tempat yang perlukan air diharap tidak terputus bekalan,” katanya.

  

Kemaskini pada 2014-04-17 14:53:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page