Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Nor Zulaikha cari ibu kandung

Wartawan Sinar Harian II 02 April 2014
 
 

 

KUALA SELANGOR - Keluarga angkat Nor Zulaikha, 13, meminta supaya ibu kandung kepada remaja berkenaan tampil bagi memudahkan urusan dokumen berkaitan pengambilan anak angkat secara sah termasuk hal persekolahan remaja itu.

Bapa angkatnya, Mastuki Kileho 52, berkata, dia sekeluarga nekad mencari ibu Nor Zulaikha yang hanya dikenali sebagai Liza.

                                                       Cari ibu kandung Nor Zulaikha

Katanya, wanita yang berasal dari Sabah itu ketika dikenalinya berusia sekitar 30-an.

“Wanita itu beritahu kami dia tak mampu jaga anaknya. Selain itu, dia juga selalu pindah randah sebab tak ada kerja tetap. Jadi, disebabkan itu dia minta saya jaga Nor Zulaikha macam anak sendiri.

“Masa tu saya sendiri dah ada  anak sendiri tapi tak sampai hati tolak bila Liza minta tolong jaga anak dia. Masa tu, kami sekeluarga menetap di Pelabuhan Klang,” katanya.

Mastuki berkata, wanita itu berjanji untuk mengusahakan dokumen pengenalan diri anaknya ketika kali terakhir berjumpa  lima tahun lalu, namun sehingga kini masih gagal untuk menyelesaikannya.

“Nor Zulaikha tak boleh sekolah. Macam mana nak daftar masuk belajar, dokumen pengenalan diri semua tak ada. Saya sudah pun dapat khidmat nasihat Jabatan Pendaftaran (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tapi, mereka memaklumkan agak susah nak jadikan Nor Zulaikha anak angkat secara sah sebab tak ada dokumen sah dari ibunya.

“Sebab itu saya harap sangat Liza dapat tampil dan jumpa saya untuk bantu sediakan dokumen berkaitan. Kami sekeluarga harap sangat, ibu dia datang berbincang untuk selesaikan masalah ini dengan baik tanpa jejaskan masa depan Nor Zulaikha.

“Mungkin sekarang Nor Zulaikha berdepan masalah nak belajar tapi jika masalah ini masih gagal diselesaikan boleh susahkan dia untuk urusan lain ataupun bila nak kahwin nanti.

“Saya yakin wanita itu masih ada di negeri ini dan berharap dia dapat telefon saya di talian 012-9767603 secepat mungkin demi masa depan anaknya,” katanya yang penuh mengharap.

  

Kemaskini pada 2014-04-04 10:21:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page