Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Denggi: 25 kematian berlaku di Selangor

Wartawan Selangor Kini II 03 April 2014
 
 

 

SHAH ALAM 3 APRIL : Sebanyak 25 kematian akibat denggi di Selangor dicatatkan mulai Januari hingga 29 Mac lalu, menurut laman sesawang Jabatan Kesihatan Negeri Selangor – www.jknselangor.moh.gov.my.

Daripada jumlah itu, Petaling dan Hulu Langat mencatatkan angka tertinggi dengan lapan kematian diikuti Klang (empat), Gombak (tiga) serta Kuala Selangor dan Hulu Selangor masing-masing satu.

                                                          Aedes

Setakat ini jumlah kes berlaku direkodkan di seluruh Selangor adalah 14,030 kes dalam suku pertama tahun ini.

Sumber jabatan melaporkan ia mencatat lebihan 11,077 daripada 2,953 kes dalam tempoh sama tahun lalu dan pertambahan mendadak agak membimbangkan.

Petaling mendahului daerah lain dengan 5,888 kes diikuti Hulu Langat (3,531), Klang (2,218), Gombak (1,759), Kuala Langat (226), Hulu Selangor (134), Kuala Selangor (114), Sepang (87) dan Sabak Bernam (73).

Sebanyak 928 kes berlaku pula direkodkan dalam minggu epid terakhir tempoh itu iaitu 23 hingga 29 Mac lalu.

Orang ramai diminta mengambil langkah perlu dan menjaga kebersihan dalam menghindari wabak demam denggi itu.

Jabatan Kesihatan Selangor turut menasihatkan masyarakat memberikan kerjasama dengan menghubungi jabatan atau bilik gerakan Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh Selangor untuk membuat laporan

  

Kemaskini pada 2014-04-04 10:28:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page