Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Jerebu - Selangor sediakan 100,000 topeng muka untuk rakyat

Wartawan Selangor Kini II 04 Mac 2014
 
 


SHAH ALAM, 4 MAC :
Berikutan jerebu yang semakin membimbangkan, Kerajaan Selangor mengambil langkah segera menyediakan 100,000 topeng muka untuk diedar kepada orang ramai.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi, berkata ia diberi kepada semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencatat kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun pegawai PKM boleh mendapatkan bekalan berkenaan dalam masa terdekat.

“Orang awam boleh mendapatkan topeng muka itu secara percuma di PKM di DUN masing-masing.

“Kuantitinya akan ditambah dari masa ke masa bergantung kepada keadaan semasa jerebu,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, Banting mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 130, Petaling Jaya (123), Pelabuhan Klang dan Shah Alam (121), Kuala Selangor (105) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (115).

 

Mengikut Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU antara 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (amat tidak sihat) manakala lebih 301 (berbahaya kepada kesihatan).

                                                                      Disposable_Face_Mask1

Pada kenyataan media sama, Daroyah juga menasihati orang ramai supaya peka terhadap bacaan IPU bagi mengelakkan mereka terdedah kepada risiko kesihatan.

Katanya, jerebu memberi kesan buruk kepada semua orang terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit asma, paru-paru atau jantung.

“Rakyat disaran meningkatkan pengambilan air dan mengurangkan aktiviti luar serta sentiasa menggunakan topeng muka di luar rumah.

“Pesakit yang mengambil ubat-ubatan dinasihatkan supaya mengambil ubat secara teratur. Jika sukar bernafas, segera bertemu doktor,” katanya.

Selain itu, katanya perokok diminta mengurangkan tabiat mereka selain mengelakkan merokok di kawasan tertutup seperti di rumah.

Beliau berkata, pengguna jalan raya pula dinasihati menjaga jarak antara kenderaan dan elakkan memandu jika jarak penglihatan kian teruk.

Hampir semua kawasan di Selangor dan Lembah Klang mencatat bacaan IPU tidak sihat ekoran jerebu akibat pembakaran hutan di Sumatera hingga menjejaskan kualiti udara di Semenanjung Malaysia.

 

Kemaskini pada 2014-03-11 13:32:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page