Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Masih ramai pegang IC Merah

Wartawan Sinar Harian II 20 Februari 2014
 
 


KUALA SELANGOR - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati mengenalpasti masih ramai penduduk di daerah ini memegang kad pengenalan merah meskipun sudah menetap di negara ini lebih 50 tahun.

Penyelarasnya, S Manikavasagam menjelaskan, pihaknya menerima banyak aduan berhubung kad pengenalan merah ini terutamanya penduduk Cina di Jalan Sasaran Sungai Buloh dan pekerja ladang.

        
                                               Masih ramai pegang IC merah

Menurutnya, pihaknya difahamkan penduduk terbabit sebelum ini ada mengemukakan permohonan taraf warganegara bagi menikmati kemudahan yang disediakan sebagai rakyat negara ini, namun tiada maklumbalas.

“Saya akan cuba bantu mereka untuk mendapatkan pembelaan sebab kebanyakan mereka adalah warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan disebabkan masalah ini mereka tidak dapat menikmati manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

“Kerajaan negeri pun rugi sebab hilang undi daripada penduduk di kawasan ini sekiranya masalah ini terus berlarutan,” katanya ketika diminta mengulas aduan penduduk yang memohon bantuan PKM Dun Bukit Melawati dalam permohonan taraf warganegara.

Manikavasagam berkata, sebelum ini pihaknya juga menerima aduan ketiadaan MyKad oleh pekerja ladang yang lewat mendaftarkan sehinggakan anak mereka tidak dapat bersekolah seperti biasa.

Katanya, beliau difahamkan kebanyakan penduduk terutamanya masyarakat India mengalami masalah ini memandangkan mereka menetap di kawasan ladang atau terpelusuk sehingga sukar untuk mendaftarkan anak mereka.

“Mungkin sebelum ini mereka tidak mengambil berat untuk membuat kad pengenalan anak mereka dan membiarkan sehingga anak mereka membesar tanpa pendidikan sempurna.

“Jadi timbul masalah apabila si anak itu mahu memohon sebarang bantuan gara-gara tidak diiktiraf sebagai penduduk tetap. Jadi, saya akan cuba bantu sebaik mungkin,” katanya selepas mengunjungi seorang penduduk yang juga pesara guru besar, Mohd Sharif Sulaiman, 77, di Kampung Kuantan.

Mengenai kunjungan itu katanya, beliau bersimpati dengan nasib bekas guru besar itu yang menghidap penyakit gout, darah tinggi dan kencing manis yang kini hanya bergantung kemudahan kerusi roda untuk bergerak.

Katanya, beliau difahamkan sebelum ini keluarga itu dibantu bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang memberi sumbangan untuk baik pulih bumbung yang rosak.

Sementara itu, Mohd Sharif berterima kasih kepada pemimpin PKM Dun Bukit Melawati yang meluangkan masa datang melawatnya.

“Jasa mereka tak akan dilupakan kami sekeluarga sampai bila-bila,” katanya kepada Sinar Harian..

 

Kemaskini pada 2014-02-27 13:34:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page