Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MDKS roboh papan iklan haram

Wartawan Selangor Harian  II  13 Februari 2014
 
 

 

KUALA SELANGOR - Gara-gara gagal mematuhi notis yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT), dua papan iklan visual yang mempamerkan duta motosikal jenama terkenal yang dipromosikan pemain bola sepak terkenal dirobohkan di dua lokasi berbeza di daerah ini, semalam.

Arkitek Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Saleha Md Arif menjelaskan, notis yang diberikan sejak 6 Januari lalu diabaikan pengusaha agensi papan iklan terbabit meskipun pihak MDKS sudah menghubunginya untuk respons lanjut.

                                                        MDKS roboh papan iklan haram


Menurutnya, sebelum tindakan drastik merobohkan papan tanda ini dilaksanakan, pihak MDKS sudah pun menghubungi dan menghantar notis supaya struktur papan iklan dibuka berikutan dibina tanpa kebenaran.

“Bagaimanapun, arahan notis diabaikan menyebabkan tindakan merobohkan terpaksa dilaksanakan selepas didapati bersalah mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (7) Undang-Undang Kecil Iklan MDKS 2007,” katanya.

Saleha berkata, pihak MDKS perlu bertindak tegas sebagai pengajaran kepada pengusaha agensi papan iklan lain supaya lebih mematuhi undang-undang sedia ada dan tidak lagi membina apa-apa binaan di atas tanah milik rizab kerajaan.

“MDKS bukannya bertindak tanpa sebab munasabah tetapi arahan supaya menurunkan secara terus atau penghapusan iklan termasuk struktur yang didirikan bagi iklan itu tidak dipatuhi meskipun sudah diberi tempoh 14 hari.

“Selain itu, struktur papan tanda yang dibina itu dikhuatiri boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya kerana lokasi yang terlalu dengan dengan jalan utama di Pekan Kuala Selangor dan Ijok.

“Belum ada kelulusan MDKS dikeluarkan, mereka sudah siap pasang papan iklan terbabit di kawasan yang tidak sesuai dan tindakan itu hanya boleh mengundang bahaya sahaja.

“Meskipun papan tanda yang dipasang di dalam kawasan milik individu, agensi pengiklan terbabit juga perlu mengemukakan permohonan sama bagi menggelakkan kejadian tidak diingini timbul,” katanya.

Sebelum ini, operasi merobohkan papan iklan visual tetap dilaksanakan MDKS di lokasi yang dikenal pasti dibina secara haram di daerah ini berikutan ia melanggar peraturan dan tidak mendapat kelulusan PBT termasuk papan tanda yang memaparkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Tindakan tegas itu diambil selepas pengusaha iklan terbabit ingkar dan gagal mengemukakan permit yang diminta selain mengabaikan notis makluman untuk meroboh sebuah papan iklan.

PBT bimbang berikutan tiada kebenaran merancang dikeluarkan MDKS, papan tanda yang dibina sesuka hati itu akan tumbang akibat angin kencang dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

 

Kemaskini pada 2014-02-27 13:14:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page