Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : PPDNKK pantau harga barang

Wartawan Sinar Harian  II  03 Februari 2014
 
 


KUALA SELANGOR – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Selangor akan sentiasa memantau harga barang keperluan harian bagi mengelakkan kenaikan harga melampau.

Ketua Penguatkuasa PPDNKK Kuala Selangor, K Ramesh berkata, pihaknya akan melaksanakan pemantauan sekiranya menerima aduan berhubung kenaikan harga barang kawalan terutamanya di kawasan pedalaman

                                                      PPDNKK pantau harga barang

Menurutnya, pihaknya tidak mahu peniaga di daerah itu menaikkan harga sewenang-wenangnya hanya kerana beroperasi di kawasan pedalaman tanpa menghiraukan rungutan pembeli.

“Kita akan pantau harga barangan yang menjadi pilihan penduduk di kawasan pedalaman kerana kebanyakan barangan terkawal didakwa tidak sama dengan kedai lain.

“Sebab itu, pendedahan mengenai hak pengguna amat penting memandangkan di kawasan ini dilihat tahap kesedaran itu masih rendah dan kebanyakan penduduk tidak tahu hak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai aduan yang dibangkitkan Sinar Harian di kawasan Bestari Jaya yang mendakwa harga barangan berbeza-beza dengan kedai lain.

Sebelum ini penduduk, Shamsiah Samsudin, 44, berkata, harga barangan seperti telur gred B dijual dengan harga berbeza di beberapa kedai di kawasan kampung di Bestari Jaya sehingga menimbulkan persoalan.

“Saya hairan sebab kebanyakan telur gred B menjadi pilihan penduduk kerana lebih murah namun bila diteliti, harga telur gred itu pula naik. Saya lihat kedai lain jual dengan harga berbeza.

“Kenapa harga beza sedangkan telur itu gred yang sama dan bukannya disimpan dalam bekas. Ini dibeli dalam plastik berasingan sebab saya bukannya nak beli banyak-banyak, sekadar cukup untuk stok seminggu," katanya.

Katanya, selain telur, sardin pun jual dengan harga berbeza.

"Bila beli kedai A, harga RM6.90 tapi ada kedai B jual RM7. Memang beza 10 sen tapi sebagai penduduk luar bandar, beza 10 sen pun kena ambil kira.

“Kita pun bukannya kaya dan kalau boleh, pemantauan harga di kedai runcit di kawasan pedalaman perlu dilaksanakan demi mengelakkan penduduk ditipu,” katanya.

 

Kemaskini pada 2014-02-11 09:41:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page