Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Buntu fikir masa depan anak

Wartawan Sinar Harian  II  30 Januari 2014
 
 


KUALA SELANGOR
- Seorang bapa buntu memikirkan masa depan seorang anaknya yang sehingga kini masih belum mempunyai MyKid berikutan kesalahan ejaan pada sijil kelahiran sekali gus menimbulkan masalah untuk bersekolah.


Tee Hock Lock, 40, yang mengakui buta huruf itu tidak menyedari nama anaknya tersilap didaftarkan Tee Qi Ying kepada Teng Qi Ying sedangkan tiga beradik yang lain tidak mempunyai masalah sama.

                                                       Buntu fikir masa depan anak


Menurutnya, kesilapan itu menimbulkan masalah ketika mahu menyelesaikan proses dokumentasi persekolahan memandangkan anak bongsunya itu sudah berusia tujuh tahun.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan nama anak salah dan tak sama nama keluarga menyebabkan sukar mendaftarkannya ke sekolah. Saya buntu sebab bila masalah ini berlaku keadaan jadi rumit.

“Saya akui memang tak pandai baca dan ingatkan nama yang didaftarkan sama seperti yang dikatakan tapi lain pula jadinya. Bila nak tukar balik, susah dan pelbagai prosedur kena buat.

“Saya kasihan sebab Qi Ying  dah  cukup  umur nak masuk sekolah tapi tak dapat. Bila dia asyik tanya kenapa tak dapat pergi sekolah, hati saya sedih,” katanya ketika hadir menemui Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bukit Melawati, S Manikavasagam di pejabatnya.

Hock Lock yang bekerja sendiri itu berkata, dia sudah berpisah dengan isterinya, Teng Meng Leng selepas anak keempat itu dilahirkan dan segala proses pendaftaran Qi Ying dilakukan seorang diri.

“Saya tak sangka jadi begini dan sedih anak bongsu tak boleh ke sekolah hanya kerana kesilapan nama sedangkan kami adalah rakyat Malaysia. Saya berharap sangat masalah ini dapat dibantu,” katanya.

Sementara itu, Manikavasagam menjelaskan, pihaknya juga terkejut apabila kesilapan ejaan pada nama memberi kesan kepada hidup kanak-kanak malang itu sehinggakan haknya untuk bersekolah dinafikan.

“Sewajarnya masalah ini diberi perhatian pihak berwajib kerana kanak-kanak malang itu tidak dapat bersekolah seperti rakannya yang lain bahkan tiga beradik yang lain tak punya masalah.

“Kanak-kanak itu bukannya orang asing tapi rakyat Malaysia tapi kerana kesilapan kecil, dia tidak dapat bersekolah. Jika isu ketiadaan pendaftaran perkahwinan dijadikan alasan, kenapa tiga beradik yang lain didaftarkan tanpa ada masalah?

“Tak jadi masalah sebenarnya sebab kedua ibu bapa adalah warganegara dan seperti merujuk kepada Bahagian III, Kewarganegaraan yang mana ia tertakluk kepada Perkara 18, mana-mana wanita yang sudah berkahwin yang suaminya seorang warganegara berhak.

“Apabila permohonan dibuat kepada Kerajaan Persekutuan, untuk dicatat sebagai warganegara jika perkahwinan itu wujud dan suaminya itu seorang warganegara pada permulaan Oktober 1962,” katanya.

Pengarah Biro Aduan PKR itu turut mengklasifikasikan isu itu sebagai satu penindasan terhadap hak kanak-kanak dan pihak berwajib perlu bertindak menyelesaikan masalah itu dengan bijak.

“Saya juga meminta pihak berwajib dapat membantu keluarga itu dengan membuat pembetulan pada nama sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak itu bersekolah seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Kemaskini pada 2014-02-11 09:41:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page