Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : MB Selangor bakal tubuh jawatankuasa khas tingkat kualiti penjawat awam

Wartawan Selangor Kini  II  20 Januari 2014
 
 

 

SHAH ALAM, 20 JAN : Kerajaan negeri kini dalam perancangan rapi menubuhkan jawatankuasa bertindak khas bagi meningkatkan mutu pentadbiran dan perkhidmatan penjawat awam di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata satu jawatankuasa khusus ditubuhkan bagi menyemak aspek berkenaan sistem, proses dan prosedur yang diamalkan kerajaan negeri.

      SUK_5522     SUK_5531


Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai golongan professional dan berkelayakan bagi mengkaji struktur kos perolehan, pembekalan serta perkhidmatan.

“Bagi pembangunan modal insan pula, kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa penambahbaikan pentadbiran.

“Ia dijangka memberi manfaat kepada pentadbiran agensi kerajaan serta syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC),” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 kakitangan awam yang hadir di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Abdul Khalid turut mengumumkan tumpuan kerajaan negeri pada tahun ini untuk merangka lebih peluang bagi merancakkan industri perkhidmatan di Selangor dalam usaha meningkatan pendapatan Selangor.

“Antaranya, kita mengadakan perbincangan dengan pihak Universiti Malaya (UM) bagi menubuhkan sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya yang bukan sahaja mampu menampung pesakit tempatan, bahkan pesakit luar negara.

“Ini akan meningkatkan industri pelancongan di Selangor seterusnya memberi kesan positif kepada ekonomi kita,” katanya.

 Turut hadir dalam majlis itu adalah Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi serta barisan Exco Negeri.

 

Kemaskini pada 2014-01-22 12:21:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page