Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kilang Tayar Masih Beroperasi

Wartawan Sinar Harian  II  12 Januari 2014

 
          TANJONG KARANG - Masih belum selesai. Isu kilang pembakaran tayar terpakai di Kampung Seri Tiram Jaya, masih menemui jalan buntu apabila kilang terbabit masih terus beroperasi meskipun penduduk dijanjikan penutupan kilang itu pada 31 Disember lalu.

Lebih dikesalkan, pemilik kilang sendiri memasang kain rentang sebagai makluman kepada penduduk bahawa mereka hanya akan beroperasi sehingga 31 Disember lalu bahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi jaminan memastikan kilang itu dihentikan operasi pada tarikh sama.

                                                                       Kilang tayar masih beroperasi
Pengerusi Biro Kepenggunaan Keadilan, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, pemilik kilang terbabit berjanji untuk menghentikan operasi kilang itu pada tarikh yang dijanjikan selepas menerima desakan daripada penduduk melalui siri bantahan dibuat di hadapan kilang terbabit.

Menurutnya, penduduk sebelum ini sudah dijanjikan kilang itu akan ditutup, namun sehingga kini kilang masih beroperasi seperti biasa seolah-olah tiada tindakan pihak berkenaan.

"Ketika penduduk diberi jaminan bahawa kilang itu ditutup, ia menggembirakan mereka kerana tak perlu lagi berdepan dengan masalah jelaga hitam yang mengotori pakaian dan rumah.

“Namun bila tengok kilang masih berasap dan beroperasi semula tanpa pengawasan pihak berkenaan, penduduk kecewa sekali gus menimbulkan kemarahan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Yahya berkata, kerjasama semua pihak penting kerana masing-masing memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah ini termasuk pentadbir tanah yang mempunyai kuasa ke atas tanah kilang itu.

“Memang penduduk mengharapkan masalah ini segera diselesaikan kerana tak mahu hidup mereka dibelenggu pencemaran udara yang teruk,” katanya yang juga Ketua PKR Cabang Tanjong Karang.

Sinar Harian difahamkan, wakil penduduk yang juga Mohd Razani Mohd Sulaiman turut menghantar emel kepada PBT untuk tindakan lanjut berikutan kilang terbabit masih beroperasi seolah-olah halangan daripada pihak berkenaan.

Emel bertarikh 21 Februari 2013, 6 Jun 2013 dan 15 Julai 2013 yang dikemukakan Sekretariat Bertindak Isu Operasi Kilang Pelupusan Tayar turut mendapat maklum balas pihak berkenaan bagaimanapun isu ini masih gagal diselesaikan.


  

Kemaskini pada 2014-01-13 13:40:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page