SAMBUTAN KARNIVAL RAKYAT "WHISTLE STOP" PERINGKAT Kuala Selangor, 19 Mac 2009 (Khamis) - Sambutan Karnival Satu Tahun Kerajaan Baharu Negeri Selangor telah diadakan selama tiga hari berturut-turut dari 19 Mac hingga 21 Mac bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Pada jam 9.00 malam, satu forum perdana Hal Ehwal Islam bertajuk " Akhlak Rasulullah sebagai Role Model Ikutan Ummah" telah diadakan di Stadium Tertutup berkenaan. Antara ali-ahli panel adalah terdiri daripada Ustaz Haslin Bahrin (Pengerusi Forum), SS Dato' Ustaz Hashim Yahya, Dato' Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Roslan Mohamad. Forum tersebut telah dihadiri kira-kira seramai 3000 orang dan berakhir pada jam 12.00 malam.
20 Mac 2009 (Jumaat) - Pameran 'Hari Bertemu Pelanggan' diteruskan pada hari kedua di mana kunjungan pengunjung ke Stadium Tertutup Kuala Selangor amat menggalakkan untuk bertemu dengan jabatan-jabatan dan agensi serta pelancaran portal E-bu Tunggal. Jam 9.30 pagi, perlepasan peserta konvoi dari Hotel Depalma In Kuala Selangor ke Daerah Sabak Bernam. Pada jam 9.00 malam pula, ketibaan orang ramai sempena Pertandingan Nasyid yang dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Kuala Selangor serta ceramah yang disampaikan oleh Agensi Anti Dadah Daerah Kuala Selangor. Pertandingan Nasyid tersebut bersurai pada jam 12.00 malam.
21 Mac 2009 (Sabtu) - Dato' Menteri Besar Selangor beserta konvoi singgah sebentar ke Pejabat Kerja Menteri Besar Dun IJok untuk satu program Mesra Rakyat. Turut Hadir Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor. |
Kemaskini pada 2013-10-24 10:29:27 daripada Administrator