PERHIMPUNAN PAGI BULAN JANUARI 2010 PEJABAT DAERAH TANAH/KUALA SELANGOR Kuala Selangor, 13 Januari 2010 (Rabu) - Satu majlis perhimpunan pagi bersama warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS. Perhimpunan bermula jam 8.00 pagi yang telah dihoskan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju oleh semua kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor. Pada perhimpunan tersebut, Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan ucapan rasmi dimana beliau telah berpesan agar seluruh warga kerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dengan baik selaras dengan konsep 1 Malaysia,: "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Selain itu juga Tuan Pegawai Daerah ada menyentuh tentang beberapa perkara penting seperti: (1) Mengutamakan keselamatan diri Beliau berpesan agar dokumen atau fail yang penting perlulah dijaga dan disimpan dengan baik agar fail-fail tersebut tidak hilang atau tercicir walaupun fail-fail tersebut sudah tidak digunakan lagi. Semua warga kerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor dijemput untuk menjamu selera dan majlis berakhir pada pukul 9.30 pagi.
|
Kemaskini pada 2013-10-24 09:17:34 daripada Administrator