Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Perebutan enam penjuru

Wartawan Sinar Online II  24 OKTOBER 2018

 
       

KUALA SELANGOR-  Pemilihan Cabang PKR Kuala Selangor 2018 yang dijangka berlangsung 28 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru sekali gus memeriahkan landskap politik daerah ini.

 

Lebih menarik, calon yang hangat diperkatakan, Juwairiya Zulkifli juga dikatakan bertanding merebut kerusi ketua cabang dan bakal berdepan kumpulan ‘otai’ Keadilan Kuala Selangor.

 

Juwairiya bakal berdepan pesaing veteran seperti Arsad Abu Bakar yang cukup berpengaruh selain penyandang Timbalan Ketua Cabang, C David Selvan dan naibnya, Nor Azhar Jamil.

 

Kerusi ketua cabang dikosongkan selepas penyandangnya, S Manikavasagam digantung keanggotaan selama dua tahun sejak Ogos 2017 itu dan keluar PKR.

 

Dua lagi muka baharu yang mahu bersaing merebut kerusi sama seperti MU Raja yang turut bertanding untuk kerusi Ketua AMK Kuala Selangor dan N Gobu.

 

Menyifatkan pertembungan enam penjuru itu satu amalan demokrasi, Juwairiya menyambut baik hasrat anggota dan kepimpinan parti untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.

 

Menurutnya, pihaknya percaya setiap calon yang bertanding mempunyai kekuatan pasukan masing-masing dan menawarkan khidmat yang terbaik bagi membela kebajikan lebih 13,000 anggota keadilan cabang Kuala Selangor.

 

“Bagi saya, pasukan kami menawarkan kumpulan dan barisan wanita yang terbaik sekali gus mahu menyatupadukan semua anggota serta menguatkan kepimpinan cabang.

 

“Sebab sebelum ini saya lihat organisasi cabang lemah dan kebajikan anggota tidak dibela sebaik mungkin. Cabang ini merangkumi tiga Dun namun kepimpinan terdahulu kurang beri perhatian secara keseluruhan,” katanya.

 

Mengulas lanjut mengenai pendekatan menyatupadukan kesemua anggota meskipun wujud enam calon yang memiliki penyokong masing-masing, Juwairiya tidak melihat semua itu satu halangan besar.

 

Beliau juga percaya dan yakin usaha untuk mengukuhkan semula cabang ini boleh berjaya jika kepimpinan yang dipilih mampu melakukan tugas dan membela nasib anggota.

 

“Ini kerana saya mengenali anggota dan Dun Bukit Melawati saja dan dengan menawarkan diri untuk bertanding, insya-ALLAH boleh bantu lebih ramai penyokong keadilan,” katanya.

 

Sementara itu, Nor Azhar yang turut menyatakan hasrat sama untuk bertanding hanya mahu mengasingkan kuasa wakil rakyat dan ketua cabang demi kebajikan anggota parti.

 

“Bagi saya, ada perbezaan wakil rakyat menguruskan hal rakyat dan parti menguruskan hal parti lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan peruntukan,” katanya.

 

“Sebab kita tak nak wakil rakyat asingkan kuasa politik dengan rakyat sebab rakyat pengundi juga. Ini kerana jika timbul isu peruntukan, wakil rakyat biasanya akan meminggirkan kepentingan anggota dengan alasan wang kerajaan negeri tak boleh disalurkan kepada parti.

 

“Atas dasar itulah saya mahu asingkan kuasa politik dan wakil rakyat supaya akhirnya nanti kita dapat bersatu dan bergabung menjadi satu pasukan yang terbaik,” katanya.

 

Dalam pada itu,Team Aspirasi Baru Kuala Selangor yang diketuai Arsad giat berkempen bagi meraih undi selain memberi peluang kepada penduduk setempat menikmati program pemeriksaan kesihatan percuma.

 

Penganjuran sempena Kempen Skim Peduli Sihat Selangor turut memperkenalkan calon bagi kerusi Ketua PKR Cabang Kuala Selangor bersama barisan jawatankuasanya, PK Mogana Sundram dan Faizal Baharuddin.


Kemaskini pada 2018-10-25 08:18:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page