Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : MB tunggu laporan banjir kilat

Wartawan Sinar Online II  05 OKTOBER 2018

 
       

BESTARI JAYA-    Kerajaan negeri sedang menunggu laporan berhubung kejadian banjir kilat melanda beberapa kawasan di Puchong, semalam. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco, hari ini.

 

"Menurutnya, beliau akan dapat laporan (banjir kilat) petang ini kerana baru pulang dari Sabah.

 

"Pihak juga akan meneliti berhubung perkara itu selepas menerima laporang lengkap.

 

Saya nak tengok (tunggu) laporan. Kadang-kadang (mungkin) kerana laporan kadar hujan yang tinggi," katanya  pada sidang media selepas Majlis Watikah Pelantikan

 

Pro-Canselor Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, di sini.

 

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyemak semula sistem penyelenggaraan di kawasan terjejas.

 

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri mengambil langkah bersedia dalam semua keadaan jika berlakunya bencana itu.

 

"Alhamdulillah, keadaan (banjir) terkawal walaupun dilanda ribut.

 

"Pasukan kita bergerak dengan pantas terutama dalam usaha mengatasi dan mengawal bencana," katanya.

 

Semalam, banjir kilat berlaku di KM23.4 hingga KM24.0 (arah selatan) Bandar Puteri, Puchong.

 

Kejadian banjir kilat itu mula dikesan sekitar jam 5.05 petang susulan hujan lebat bermula kira-kira jam 4.30 petang.

 

Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima laporan banjir kilat di tiga lokasi sekitar Puchong iaitu di Bandar Puteri Puchong, Jalan Puchong Besar berhampiran Puchong Commercial Centre dan Jalan Intan 2/8, Taman Puchong Intan.

 
 

Kemaskini pada 2018-10-05 10:31:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page