Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Ibu kandung Puteri Aleesya dicari

Wartawan Sinar Online II  21 OGOS 2018

 
       

KUALA SELANGOR-   Ibu kandung kepada Puteri Aleesya, 6, dicari bagi membantu memudahkan urusan dokumentasi diri bagi membolehkan kanak-kanak itu bersekolah untuk sesi tahun depan.

 

Penjaga, Asiah Abdullah, 43, berkata, pihaknya cuba untuk mengesan ibu kandung kanak-kanak itu bagaimanapun gagal.

 

"Sebelum ini kami pernah menghubungi wanita yang dikenali dengan panggilan Rismawati untuk urusan surat beranak namun tiada respons balas.

 

"Wanita itu yang juga warganegara Indonesia juga gagal dikesan sehingga menyukarkan pihak kami untuk menyelesaikan urusan persekolahan sesi darjah satu untuk tahun depan," katanya.

 

Sebelum ini katanya, dia dan suami diserahkan anak wanita itu ketika masih berusia dua minggu dengan alasan tidak sanggup menjaganya.

"Kami bersedia untuk menjaga anak ini seperti anak sendiri namun tiada dokumen peribadi menyukarkannya untuk bersekolah dan membuat proses pengangkatan anak pelihara secara sah.

 

"Sebab itu, kami mohon ibu kandung terbabit dapat tampil ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor untuk membantu," katanya.

 

Kemaskini pada 2018-08-27 11:13:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page