Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Perhimpunan Pagi Bulan April



 
 

PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

Kuala Selangor, 27 April 2009 (Isnin) - Satu majlis perhimpunan pagi bersama warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS. Perhimpunan ini bermula kira-kira jam 8.00 pagi yang telah dipengerusikan oleh Unit Hasil. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju yang dinyanyikan oleh semua kakitangan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor dan diikuti dengan dengan bacaan ikrar. . Seterusnya, ucapan rasmi telah disampaikan oleh  Tuan Pegawai Daerah dimana pada ucapan tersebut, beliau mengingatkan agar semua kakitangan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor mematuhi setiap etika kerja yang merupakan faktor terpenting dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan sesebuah pentadbiran kerajaan. Sebelum majlis berakhir, Unit Hasil telah mengumumkan bahawa Kaunter Bayaran Cukai Hasil Tanah di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor akan dibuka pada setiap hari Sabtu bulan Mei 2009 dan 31 Mei 2009 (Ahad). Majlis bersurai pada pukul 9.00 pagi.

 

image image
image image
  

Kemaskini pada 2013-10-24 12:02:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page