Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR BULAN OKTOBER 2009 DAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA



  PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR BULAN OKTOBER 2009 DAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1430H/2009M

Kuala Selangor, 14 Oktober 2009 (Rabu) - Satu majlis perhimpunan pagi bersama warga kerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah diadakan di perkarangan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Perhimpunan yang bermula pada jam 8.00 pagi telah dipengerusikan oleh Unit Pelupusan Tanah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju oleh semua kakitangan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor.

image image image
image image image

Pada perhimpunan tersebut, Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan ucapan berkenaan dengan ibadah puasa. Maksud puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum termasuk melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa. Antara hikmahnya ialah membersihkan diri daripada melakukan dosa. Selain itu, Tuan Pegawai Daerah juga menyentuh mengenai beberapa perkara seperti bencana alam yang berlaku di negara jiran baru-baru ini.

Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor juga mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1430H/2009M sempena aidilfitri bagi tahun 2009. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di perkarangan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Majlis diserikan lagi dengan ketibaan para tetamu dan dif-dif jemputan.

Seterusnya, antara aktiviti yang berlangsung semasa majlis tersebut adalah aktiviti Menghias Gerai paling cantik dimana beberapa gerai telah dipertandingkan yang diwakili oleh setiap unit. Mereka menghias gerai masing-masing mengikut kreativiti tersendiri. Antara unit yang terlibat ialah Unit Pentadbiran dan Kewangan, Unit Pembangunan Masyarakat, Unit Teknikal dan Penguatkuasaan, Unit Pendaftaran Tanah, Unit Pembangunan Tanah, Unit Pelupusan Tanah dan Unit Hasil. Setiap gerai telah menyediakan pelbagai jenis juadah seperti lemang, ketupat, rendang, kuih raya, buah-buahan, satay dan sebagainya sempena majlis tersebut.

image image image
image image image

Disamping itu, kumpulan ghazal turut diundang untuk menghiburkan para jemputan yang hadir sambil menikmati juadah aidilfitri yang telah disediakan khas pada majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan majlis bersurai kira-kira jam 1.00 petang.

image image image
  

Kemaskini pada 2013-10-24 11:55:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page