Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Majlis Pelancaran Projek Perintis "Laman Dapur" Dun Ijok Peringkat Negeri Selangor

 


 

 

  

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PERINTIS "LAMAN DAPUR" DUN IJOK PERINGKAT NEGERI SELANGOR
 

image  image

Ijok, 25 Jan – Penduduk luar bandar khasnya di Ijok mula merasakan bahang kegawatan ekonomi global terutama berkaitan kenaikan harga bahan makanan. Sehubungan itu, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah mengorak langkah memperkenalkan program yang diharap dapat membantu suri rumahtangga menjimatkan perbelanjaan sekaligus menambah pendapatan isi rumah, iaitu program Laman Dapur.

image image

Program yang berorientasikan penanaman herba di sekitar kawasan rumah bukan sahaja untuk kegunaan masakan harian tetapi dapat dipasarkan sekaligus menambah pendapatan  keluarga. Antara tanaman yang ditanam termasuklah tanaman serai, daun kari, kesum, terung dan juga cili. Program yang dimulakan pada Julai tahun lepas telah menarik 300 permohonan dan setakat ini 30 daripadanya telah memulakan penanaman. Sebagai contoh, Puan Hafizah Ismail daripada Kg Harmoni telah menerima sepuluh ribu benih serai dan dijangka akan menjana pendapatan sebanyak RM18,000.00 dalam tempoh enam bulan.

 image  image

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar dalam ucapan perasmiannya menyatakan Kerajaan Negeri menyambut baik usaha ini terutamanya dalam membantu meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar serta ibu tunggal. Kerajaan Negeri juga akan berusaha menyediakan pemasaran bagi hasil dan produk projek Laman Dapur ini memandangkan garis kemiskinan Negeri Selangor telah dinaikkan kepada RM1,500 dan memastikan tiada longgokan stok dan penurunan harga produk. Selain itu, PEKAWANIS dilihat telah menetapkan hala tuju yang jelas dengan menunmpukan usaha meningkatkan pendapatan dan menjaga kebajikan golongan wanita di Negeri Selangor ini. Turut hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua Pekawanis, Puan Sri Datin Salbiah Binti Tunut,  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Y.B. Tuan Dr. Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Kuala Selangor Y.B. Tuan Dzulkefly Bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Malawati Y.B. Tuan Muthiah A/L Maria Pillay, Tuan Pegawai Daerah dan ketua-ketua jabatan daerah Kuala Selangor.

image image
image image
 
    

Kemaskini pada 2016-11-23 17:27:50 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page