Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Perhimpunan Pagi Bulan Mac 2009



 
   

PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA SELANGOR

Kuala Selangor, 18 mac 2009 bersamaan 21 Rabiulawal 1430 H (Rabu) - Satu majlis perhimpunan pagi bersama semua warga kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS. Perhimpunan ini bermula kira-kira jam 8.00 pagi yang telah dipengerusikan oleh Unit Pembangunan Masyarakat. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi, lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju yang dinyanyikan oleh semua kakitangan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor. Majlis disusuli dengan bacaan doa dan diikuti dengan bacaan ikrar. Seterusnya, ucapan rasmi oleh  Tuan Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Selangor. Pada ucapan tersebut, beliau mengumumkan mengenai Sambutan Satu Tahun Kerajaan Baharu Peringkat Daerah Kuala Selangor yang akan diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 19 & 20 Mac (Khamis & Jumaat) dan acara kemuncak pada 21 Mac (Sabtu) diadakan di Stadium Malawati Shah Alam. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan kakitangan yang baru untuk berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor. Majlis perhimpunan pagi berakhir pada jam 8.45 pagi.

image image
image image
 
 
    

Kemaskini pada 2013-10-24 11:31:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page