Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Perhimpunan Pagi dan Majlis Kesyukuran Anugerah pengurusan pentadbiran Pejabat Tahun 2008



 
  

PERHIMPUNAN PAGI DAN MAJLIS KESYUKURAN ANUGERAH PENGURUSAN PENTADBIRAN PEJABAT TAHUN 2008

 

Kuala Selangor : 07 Januari 2009 bersamaan 10 Muharam 1430H (Rabu). Satu Perhimpunan Pagi dan Majlis Kesyukuran Anugerah Pengurusan Pentadbiran Pejabat Tahun 2008 bersama warga kerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor telah di adakan di Dewan Kediaman Pegawai Daerah. Perhimpunan tersebut bermula pada jam 11.00 pagi dimana ia telah dihoskan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan . Seterusnya, majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Selangor Bergerak Maju yang di ketuai oleh Kumpulan Koir Khidmat Pengurusan.

image

image

Kemudian, majlis di teruskan lagi dengan bacaan ikrar dan disusuli dengan bacaan doa. Setelah itu, majlis di serikan lagi dengan ucapan rasmi Tuan Pegawai Daerah iaitu Tn Hj Mohd Misri b. Hj Idris. Pada majlis tersebut, beliau telah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 dan Salam Maal Hijrah 1430H kepada semua warga kerja PDKS yang hadir. Beliau juga menyatakan yang perhimpunan pagi kali ini diadakan sempena menggabungkan beberapa perkara iaitu :
  i)  Memenuhi perhimpunan pagi yang diadakan 
     setiap bulan;
 ii)  Mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena  
     Kemenangan Anugerah Pengurusan
Pentadbiran
     Pejabat 2008 untuk kali ke-3.
iii)  Meraikan kejayaan kutipan hasil yang telah  
     memenangi Anugerah Prestasi Kutipan Hasil      
     dengan menerima wang tunai berjumlah 
     RM100 000.00 dan
iv)  juga meraikan Tuan Pegawai Daerah yang telah
    dianugerahkan Pingat Darjah Setia Mahkota
    Selangor (S.M.S) pada 11 Disember 2008 yang
    lalu bersempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha
    Mulia Sultan Selangor.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Selain Dari itu, beliau berpesan kepada semua warga kerja PDKS supaya berhijrah atau membuat perubahan dari aspek mental (niat), ikrar (lafazkan) dan pelaksanaan (tindakan) untuk berubah dari yang terbaik kepada yang lebih cemerlang. Beliau juga menerangkan tentang ciri-ciri orang yang cemerlang iaitu mempunyai kesedaran untuk berubah, akidah Islam, berakhlak mulia, menambah ilmu pengetahuan dan mengamalkan Amal Makruf iaitu sentiasa membuat kebaikan dan menjauhi perkara yang dilarang. Sebelum majlis bersurai, semua warga kerja PDKS dijemput untuk menjamu selera dan berakhir pada pukul 1.00 tgh.

 

image image
image image

 
    

Kemaskini pada 2013-10-24 10:57:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page