Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kuala Selangor



 
   

SAMBUTAN MA'AL HIJRAH PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR

Kuala Selangor, 15 Januari 2009 bersamaan 18 Muharam 1430H (Khamis) - Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan program Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kuala Selangor yang bertemakan "Menjana Ummah Gemilang"  bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ketibaan tetamu-tetamu serta dif-dif jemputan yang terdiri daripada kakitangan dari semua Jabatan Kerajaan dan swasta di Daerah Kuala Selangor.

image image
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Misri Bin Hj. Idris, Tuan Pegawai Daerah Daerah Kuala Selangor. Sambutan Ma'al Hijrah kali ini memperingatkan kepada semua agar sentiasa memperingati dan menjadikan akhlak Rasulullah S.A.W sebagai cermin kepada keindahan akhlak oleh setiap individu.
image image
Tepat jam 9.40 pagi, majlis diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz Haji Ahmad Zaki Bin Arshad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Ceramah yang disampaikan berkisar mengenai akidah ummah yang semakin menurun. Ini diikuti dengan ajaran sesat yang semakin berleluasa di negeri Selangor.Sambutan Ma'al Hijrah juga telah diisi dengan forum yang bertajuk "Menjana Ummah Gemilang" yang membariskan ahli-ahli panel seperti Ustaz Haji Ahmad Zaki Bin Arshad Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Hj. Zainal Abidin Bin Sulaiman, Pegawai Pentadbir Agama Islam Daerah, Ustaz Haslin Bin Baharin, Penceramah Bebas dan Ustaz Ashraf Bin Sairin sebagai Moderator bagi forum tersebut. Forum ini membincangkan tentang penghijrahan Rasulullah S.A.W sebagai satu contoh bagi pembangunan insaniah.
image image
Sebelum majlis bersurai,cenderahati dari pihak penganjur telah disampaikan oleh Tuan Shukri Bin Ishak, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya. Majlis tamat pada jam 12.45 tengah hari.
image image
 
    

Kemaskini pada 2013-10-24 10:52:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page