Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor



 
    

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H PERINGKAT NEGERI SELANGOR


Isnin, 09 Mac 2009 bersamaan 1430H
- Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Stadium Malawati Shah Alam yang telah dihadiri oleh Kontinjen Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor seramai 45 orang.

image image

Aktivti sempena Sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan perarakan yang diketuai oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor diikuti oleh Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Selangor termasuklah Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor bersama Kontinjen daripada Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Swasta serta Sekolah-Sekolah di Negeri Selangor.

 

image image

Program tersebut adalah sempena memperingati kelahiran junjungan Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan akhir zaman yang telah diutuskan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya dimuka bumi ini dan menghayati segala sunnah dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W sebagai Role Model akhir zaman. Sambutan Maulidur Rasul ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Program perarakan tersebut bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

 

image image
 
 
    

Kemaskini pada 2013-10-24 10:45:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page