Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Sambutan Karnival Rakyat ''Whistle Stop'' Peringkat Daerah Kuala Selangor



       

SAMBUTAN KARNIVAL RAKYAT "WHISTLE STOP" PERINGKAT
DAERAH KUALA SELANGOR

Kuala Selangor, 19 Mac 2009 (Khamis) - Sambutan Karnival Satu Tahun Kerajaan Baharu Negeri Selangor telah diadakan selama tiga hari berturut-turut dari 19 Mac hingga 21 Mac bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Aktiviti-aktiviti pada 19 Mac 2009 - Karnival bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Antara jabatan kerajaan yang terlibat adalah seperti Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor, sebagai Tuan Rumah dan kerjasama daripada Majlis Daerah Kuala Selangor, Jabatan Kerja Raya, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Syabas, Agensi Anti Dadah Daerah Kuala Selangor serta jabatan-jabatan yang lain turut memeriahkan ekspo dengan membuka kaunter 'Hari Bertemu Pelanggan'. Pada sebelah pagi, aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Melukis & Mewarna, Pertandingan Memasak & Gubahan Lipatan Songket, Pertandingan Congkak, Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Tarik Tali dan Sukan Rakyat yang dirasmikan oleh Y.A.B.H.G Puan Sri Salbiah Binti Tunut, isteri kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor. Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor juga turut membuka Kaunter Pembayaran Cukai Tanah Taksiran dan mengadakan pertandingan Kuiz It untuk pelajar berumur 12 tahun ke bawah. Jam 3.00 petang, ketibaan Dato' Menteri Besar Selangor beserta konvoi yang disambut oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Hj. Mohd Misri Bin Hj. Idris bersama isteri dan Y.B Adun Malawati, Ahli Parlimen Kuala Selangor serta ketua-ketua jabatan di Daerah Kuala Selangor. Dato' Menteri Besar juga turut dihiburkan dengan Palunan Kompang dan diiringi pertunjukkan Silat Kuntau Selendang Merah dari Ijok.

 

image image
image image
image image

Pada jam 9.00 malam, satu forum perdana  Hal Ehwal Islam bertajuk " Akhlak Rasulullah sebagai Role Model  Ikutan Ummah" telah diadakan di Stadium Tertutup berkenaan. Antara ali-ahli panel adalah terdiri daripada Ustaz Haslin Bahrin (Pengerusi Forum), SS Dato' Ustaz Hashim Yahya, Dato' Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Roslan Mohamad. Forum tersebut telah dihadiri kira-kira seramai 3000 orang dan berakhir pada jam 12.00 malam.

 

image image
image image

20 Mac 2009 (Jumaat) - Pameran 'Hari Bertemu Pelanggan' diteruskan pada hari kedua di mana kunjungan pengunjung ke Stadium Tertutup Kuala Selangor amat menggalakkan untuk bertemu dengan jabatan-jabatan dan agensi serta pelancaran portal E-bu Tunggal. Jam 9.30 pagi, perlepasan peserta konvoi dari Hotel Depalma In Kuala Selangor ke Daerah Sabak Bernam. Pada jam 9.00 malam pula, ketibaan orang ramai sempena Pertandingan Nasyid yang dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Kuala Selangor serta  ceramah yang disampaikan oleh Agensi Anti Dadah Daerah Kuala Selangor. Pertandingan Nasyid tersebut bersurai pada jam 12.00 malam.

 

image image

21 Mac 2009 (Sabtu) - Dato' Menteri Besar Selangor beserta konvoi singgah sebentar ke Pejabat Kerja Menteri Besar Dun IJok untuk satu program Mesra Rakyat. Turut Hadir Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor.

 
       

Kemaskini pada 2013-10-24 10:29:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page