Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Jelajah Malaysia 2009



  

JELAJAH MALAYSIA 2009

 

Kuala Selangor, 19 April 2009 - Skuad berbasikal Jelajah Malaysia 2009 telah memulakan acara perjalanannya iaitu bertempat di Stesen Bas Kuala Selangor, Jalan Melati 3/2. Acara bermula dengan perlepasan Cavalcade oleh Tuan Pegawai Daerah dengan diiringi Tuan Haji Mohamad Yaacob Bin Dato' Ismail, Yang di-Pertua Majlis Daerah Tuan Haji Haris Bin Kassim. Cavalcade tersebut termasuklah kenderaan pengunjung, kenderaan penaja, kenderaan perubatan dan kenderaan teknikal.

image

 

image image

Antara kenderaan penaja ialah HOT FM, PERODUA dan PROTON. Acara dimulakan dengan "Sign On" dan disamping itu, persembahan kebudayaan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama diikuti persembahan dari KLBMX JAM Competition.

image image

Perlumbaan pada tahun ini akan melibatkan jarak sejauh 1240 kilometer yang akan bermula pada 19 April di Kuala Selangor menyusuri negeri Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan berakhir dengan kriterium Kuala Lumpur pada 26 April. 20 pasukan termasuk lima pasukan tempatan akan bersaing pada perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia 2009 (JM 2009) yang akan mempertanding lapan peringkat bermula 19 April ini. Acara pelepasan pelumba-pelumba dan peserta-peserta lebih kurang pada jam 10.00 pagi. Laluan Perlumbaan bermula dari Kuala Selangor ke Ipoh, Perak.   

 

image image
image image
 
 
    

Kemaskini pada 2013-10-24 10:02:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page