|
KEMPEN BALIK KAMPUNG SEMPENA AIDILFITRI BAGI TAHUN 2009
Kuala Selangor, 18 September 2009 (Jumaat), Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah mengadakan Kempen Balik Kampung Sempena Aidilfitri bagi tahun 2009. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tn Hj Mohd Misri bin Hj Idris di hadapan Stesen Timbang JPJ, Pasir Penambang pada pukul 4.00 petang. Majlis tersebut disempurnakan dengan kedatangan Ahli Parlimen Kuala Selangor Y.B. Tuan Dr. Zulkefly Bin Ahmad, YDP Majlis Daerah Kuala Selangor, Tn Hj Haris bin Kasim, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor dan wakil-wakil Jabatan. Antara Aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah bacaan doa serta penyerahan cenderahati Raya dan topi keledar kepada pengguna jalan raya yang bertuah. Majlis tersebut berakhir pada pukul 5.00 petang.
|
|
|
|
Kemaskini pada 2013-10-24 09:51:52 daripada Administrator