Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PERHIMPUNAN PAGI BULAN APRIL 2010



 
   

PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR 
BULAN APRIL 2010


Kuala Selangor, 28 April 2010 (Rabu)  -  Satu majlis perhimpunan pagi bersama wargakerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS, yang bermula jam 8.00 pagi. Perhimpunan tersebut telah dihoskan oleh Unit Hasil. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju oleh semua wargakerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor.

   Pada perhimpunan tersebut, Tuan Pegawai Daerah telah memperkenalkan empat orang kakitangan baru iaitu En. Mohamed Fareez selaku Penolong Pegawai Daerah ( Pembangunan Fizikal ), En. Nazrul Faiz selaku Penolong Pegawai Daerah ( Teknikal dan Penguatkuasa), Siti Jama'aiah selaku Juruteknik Komputer dan En. Helmi selaku Pekerja Awam. Tahniah juga diucapkan kepada seorang kakitangan pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor yang telah menerima pingat Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang iaitu En. Sundra Raju Mathiah.

      Tuan Pegawai Daerah bebesar hati menerima empat orang kakitangan baru yang bertugas di pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor. Beliau memberitahu Jabatan Kerja Raya telah berpindah ke bangunan sendiri. Pejabat yang dulu digunakan oleh Jabatan Kerja Raya dalam proses pengubahsuaian untuk penempatan beberapa kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor.

    Tuan pegawai Daerah memberitahu bahawa Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor adalah kawasan tumpuan negeri. Menteri Besar Selangor berharap supaya Kuala Selangor menjadi contoh kepada daerah - daerah lain dalam negeri Selangor. Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor telah mendapat teladan dan pujian seperti Laporan Penilaian harta-harta kerajaan Kuala Selangor. Akhir sekali, Tuan Pegawai Daerah berpesan diharap wargakerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor dapat melaksanakan tanggungjawab untuk Bangsa, Agama dan Negara.  Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dan semua wargakerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor dijemput untuk menjamu selera.

 

image image
image image
image image
 
   

Kemaskini pada 2013-10-24 09:38:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page