Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PERHIMPUNAN PAGI BULAN MAC 2010



 
    

PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR BULAN MAC 2010

Kuala Selangor, 16 Mac 2010 (Khamis)  -   Satu majlis perhimpunan pagi bersama wargakerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS, yang bermula jam 8.00 pagi. Perhimpunan tersebut telah dihoskan oleh Unit Pendaftaran Tanah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju oleh semua wargakerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor.

Pada perhimpunan tersebut, Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan sijil penghargaan kepada kontijen warga kerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor sempena mengikuti perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Selangor. Beliau berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada semua wargakerja PDKS kerana telah bersama-sama menjayakan Program Maulidur Rasul serta mengikuti perarakan tersebut dengan begitu sempurna. Dalam perhimpunan tersebut, beliau juga menasihati dan menyarankan agar kita sentiasa mengamalkan sunnah - sunnah Rasulullah. Diantaranya:-

(1) Bangun sebelum Subuh
(2) Sentiasa Menjaga Kebersihan
(3) Jangan makan berlebihan
(4) Beriadah
(5) Kawal perasaan marah
(6) Optimis (Berfikiran positif)
(7) Tidak iri hati
(8) Bersifat Pemaaf

Sebelum mengakhiri ucapan, Tuan Pegawai Daerah telah berbesar hati menerima dua orang pegawai  iaitu Encik Abdul Rashid Bin Jemain  selaku Setiausaha Keselamatan Daerah dan Pn. Kalaiveni A/p Virammally selaku Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) di Bahagian Khidmat Pengurusan yang akan berkhidmat di Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor. Majlis berakhir pada jam 9.10 pagi dan semua wargakerja PDKS dijemput untuk menjamu selera.

 

 image image

image

image

image

image
 
    

Kemaskini pada 2013-10-24 09:33:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page