Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PERHIMPUNAN PAGI BAGI BULAN MEI 2010



   

PERHIMPUNAN PAGI PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR BULAN MEI 2010

Kuala Selangor, 27 Mei 2010 (Khamis)  -  Satu majlis perhimpunan pagi bersama wargakerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS, yang bermula jam 8.00 pagi. Perhimpunan tersebut telah dihoskan oleh Unit Teknikal dan Pembangunan Tanah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju oleh semua wargakerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor.

Pada perhimpunan tersebut, pengerusi majlis telah memperkenalkan dua orang kakitangan baru di Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor iaitu Encik Khairul Azar Bin Omar selaku Penolong Pegawai Daerah (Unit Pendaftaran Tanah) dan Puan Maherah Binti Makhtar selaku Pembantu Tadbir Kanan N26 (Unit Pelupusan Tanah).

       Seterusnya ucapan daripada Tuan Pegawai Daerah / Tanah Kuala Selangor. Pada ucapan tersebut Tuan Pegawai Daerah amat berbesar hati menerima dua orang kakitangan baru yang bertugas di Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor. Selain itu, Tuan Pegawai Daerah berterima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang secara langsung atau tidak langsung dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang mendapat anugrah tersebut.Tuan Pegawai Daerah  juga berharap agar semua pegawai dan kakitangan menjalankan tugas dengan ikhlas. Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi dan semua wargakerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor dijemput untuk menjamu selera.

 

image image
image image
image image
 
    

Kemaskini pada 2013-10-24 09:25:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page