Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PERHIMPUNAN PAGI BULAN JANUARI 2010



 
   

PERHIMPUNAN PAGI BULAN JANUARI 2010 PEJABAT DAERAH TANAH/KUALA SELANGOR

Kuala Selangor, 13 Januari 2010 (Rabu) - Satu majlis perhimpunan pagi bersama warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS. Perhimpunan bermula jam 8.00 pagi yang telah dihoskan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju oleh semua kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor.

Pada perhimpunan tersebut, Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan ucapan rasmi dimana beliau telah berpesan agar seluruh warga kerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dengan baik selaras dengan konsep 1 Malaysia,: "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Selain itu juga Tuan Pegawai Daerah ada menyentuh tentang beberapa perkara penting seperti:

(1) Mengutamakan keselamatan diri
(2) Mengutamakan keselamatan fizikal serta;
(3) keselamatan dokumen-dokumen penting

Beliau berpesan agar dokumen atau fail yang penting perlulah dijaga dan disimpan dengan baik agar fail-fail tersebut tidak hilang atau tercicir  walaupun fail-fail tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Sebelum mengakhiri ucapan, Tuan Pegawai Daerah telah memberitahu bahawa Encik Mohd. Akbal bin Ghazali selaku Penolong Pegawai Daerah M41 di Unit Penguatkuasaan akan menamatkan perkhidmatannya di Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor pada hujung bulan Januari ini.

Semua warga kerja Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor dijemput untuk menjamu selera dan majlis berakhir pada pukul 9.30 pagi.

 

image

image

image

 image

image

image

 
     

Kemaskini pada 2013-10-24 09:17:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page